suria

Sakitnya memang merengsakan... Ini 5 makanan penyebab serangan migrain

Serangan migrain boleh menggangu aktiviti seharian seseorang.

SERANGAN migrain boleh membuatkan seseorang menjadi tidak keruan kerana rasa sakit pada bahagian kepala yang sukar diungkapkan.

Ada banyak sebab berlakunya serangan migrain termasuk faktor pemakanan seseorang. Bagaimanapun, makanan atau minuman yang kita ambil biasanya tak berdiri sendiri untuk memicu serangan migrain.

ARTIKEL BERKAITAN: Memang seronok ‘layan makan’ di Aidilfitri, tapi pastikan anda ambil kira beberapa perkara penting ini!

Terdapat pelbagai makanan dan minuman yang dapat menyebabkan serangan migrain termasuklah;

1. Kafein

Kafein adalah punca utama serangan migrain atau sakit kepala. Peliknya, mengurangkan pengambilan kafien secara drastik juga boleh menyebabkan migrain.

Jadi sebaik-baiknya, kurangkan pengambilan kafein seperti kopi, teh, cokelat secara perlahan-lahan agar tidak memberi kesan buruk kepada seseorang.

2. Pemanis buatan

Banyak makanan olahan mengandungi pemanis buatan. Ini adalah alternatif gula yang ditambahkan ke dalam makanan dan minuman untuk menambah rasa manis. Sayangnya, pemanis ini boleh menyebabkan migrain.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

3. Daging yang diawet

Daging yang diawet termasuk seperti daging burger, sosej semuanya cenderung mengandungi pengawet yang disebut sebagai nitrat untuk menjaga warna dan rasa daging.

Makanan ini boleh melepaskan oksida nitrat ke dalam darah yang boleh merentasi pembuluh darah di otak. Ada beberapa bukti kajian yang mengatakan bahawa bahan itu dapat menyebabkan migrain.

4. Makanan sejuk

Makanan dan minuman sejuk serta beku seperti ais krim juga dapat membuatkan migrain hingga menyebabkan rasa menyucuk di kepala. Apatah lagi, jika seseorang makan dengan gelojoh, selepas bersenam atau ketika kepanasan.

5. Makanan masin

Makanan masin, terutama makanan yang diproses mengandungi bahan pengawet berbahaya dan dapat memicu serangan migrain. Pengambilan natrium dalam kadar tinggi dapat meningkatkan tekanan darah sehingga menyebabkan sakit kepala dan migrain.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain