suria

Kesannya mungkin lebih buruk... ini 4 gejala Covid-19 yang harus diberi perhatian pesakit diabetes

Pesakit diabetes lebih terdedah kepada kesan buruk jika dijangkiti Covid-19.

DIABETES merupakan salah satu penyakit komorbid yang dapat memburukkan keadaan sekiranya seseorang itu dijangkiti Covid-19.

Apatah lagi, gelombang kedua Covid-19 yang sangat mudah menular membuatkan pesakit diabetes perlu menghadapi risiko jangkitan lebih parah dan lebih membimbangkan kadar kematian juga tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakitnya memang merengsakan... Ini 5 makanan penyebab serangan migrain

Kadar glukosa darah yang tinggi mengganggu penghasilan insulin dalam badan dan menekan sel imunisasi. Diabetes juga menyukarkan tubuh untuk memanfaatkan nutrisi, memiliki aliran darah yang buruk serta memerlukan jangka pemulihan lebih lama.

Pesakit diabetes umumnya memiliki masalah pada pembuluh darah sehingga mereka lebih senang mengalami masalah kardiovaskular, kesukaran bernafas serta penyakit paru-paru kronik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Memandangkan pesakit diabetes lebih terdedah kepada kesan yang buruk, mereka juga berkemungkinan besar akan mengalami gejala-gejala lain termasuklah;

1. Ruam pada kulit dan kuku

Ruam pada kulit termasuk garis horizontal pada kuku, tangan dan kaki, gatal-gatal serta bintik merah boleh menjadi tanda jangkitan dialami oleh pesakit diabetes.



Pesakit diabetes harus menjaga kadar gula dalam darah.

2. Pneumonia atau radang paru-paru

Pneumonia dapat menjadi faktor risiko dan ancaman serius bagi pesakit Covid-19, lebih-lebih lagi bagi orang-orang yang sedang berjuang melawan diabetes, baik jenis satu atau pun dua.

Dengan tingkat keradangan yang tinggi dan penanda gula dalam darah tidak terkawal, pernafasan boleh terganggu. Kadar gula dalam darah yang tinggi juga memudahkan virus berkembang dalam tubuh.

3. Penurunan oksigen

Penurunan oksigen boleh menjadi salah satu komplikasi terbesar yang mungkin dihadapi pesakit Covid-19. Kajian juga mendapati pesakit dengan masalah diabetes akan menekan fungsi kekebalan tubuh sehingga menyebabkan sesak nafas.

4. Jangkitan kulat hitam (Mucormycosis)

Jangkitan kulat ini boleh menyebabkan wajah menjadi seperti bengkak berserta sakit kepala terutamanya kepada pesakit diabetes atau yang sedang menjalani terapi steroid.

Pesakit yang mengalami diabetes akan menekan fungsi sistem kekebalan dan meningkatkan risiko terkena jangkitan. Kadar gula yang tinggi juga membuatkan kulat senang berkembang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain