SETIAP hari kita pasti akan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi memastikan mulut tidak berbau dan menghalang pembentukan plak. Ada juga menggunakan flos gigi bagi membersihkan sisa makanan yang melekat di celah gigi tetapi ramai mengabaikan kebersihan lidah yang sebenarnya sangat memainkan peranan dalam kesihatan mulut.ARTIKEL BERKAITAN : Duduk atau mencangkung? Ketahui posisi terbaik ketika membuang air besar Lidah mempunyai banyak peranan termasuklah ketika bercakap, mengunyah, menelan dan ia juga adalah sarang bakteria! Sebahagian besar bakteria tersebut adalah bakteria baik yang terdapat di ruang mulut dan jenis yang lainnya dapat menyebabkan nafas berbau, kerosakan gigi dan jangkitan kuman pada gusi. Perbezaan lidah yang dibersihkan. Sebab itu membersihkan lidah sangat penting agar bakteria jahat, sisa makanan yang menempel pada lidah dan sel-sel mati tidak menyebabkan masalah pada kesihatan mulut secara keseluruhannya. Cara membersihkan lidah Untuk membersihkan lidah, kita boleh memberus lidah dengan lembut dari arah belakang lidah ke hadapan menggunakan berus gigi yang diletakkan sedikit ubat gigi. Bagaimanapun, kaedah tongue scraping atau mengikis permukaan lidah adalah lebih baik dan berkesan bagi menghilangkan plak dan bakteria daripada permukaan lidah. Kajian juga mendapati, tongue scraping ini dapat menghilangkan bakteria dan mengurangkan bau mulut berbanding hanya menggosok gigi. Berikut adalah beberapa manfaat menggosok lidah; Tongue scarper membantu membersihkan lidah. 1. Meningkatkan deria rasa Ketika kita mengikis permukaan lidah, kita sebenarnya telah mengembalikan deria rasa agar lebih optimum kerana tiada lagi plak atau bakteria yang menutupi bahagian atas lidah. Apabila lidah bersih rasa pedas, manis, masin, masin akan menjadi lebih kuat. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] 2. Nafas lebih segar Jika dapat dilihat dengan mata kasar, bakteria cukup banyak menempel di bahagian lidah dan menyebabkan nafas berbau. Jadi dengan menjadikan membersihkan lidah sebagai rutin, ia dapat membantu menyegarkan nafas anda. Penjagaan perlu bermula sejak kecil. 3. Meningkatkan kesihatan secara keseluruhan Menjaga kebersihan mulut sangat penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan. Tongue scraping dapat menghilangkan bakteria berbahaya yang dapat membuatkan gusi menjadi bengkak selain mencegah masalah gigi berlubang. Atas sebab itu kita disarankan untuk menjadikan menggosok lidah sebagai tabiat selepas menggosok gigi kerana ia melengkapkan proses menggosok gigi selain menggunakan flos dan cecair kumur. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!