WAKTU hamil amat penting buat kaum wanita untuk menjaga pola pemakanan yang lebih sihat untuk perkembangan bayi. Tahukah anda bahawa telur amat baik dan mempunyai manfaat buat ibu hamil serta menyusu? ARTIKEL BERKAITAN: Suka makan makanan pedas? Jangan teguk air, ambil 4 bahan ini untuk legakan sensasi terbakar Buat wanita yang sedang hamil dan menyusu, telur mengandungi sumber mineral dan vitamin yang jarang didapati dalam makanan lain seperti vitamin D. Namun penting untuk anda memastikan telur tersebut dimasak dengan betul untuk mengelakkan ia mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan cirit birit. Protein Kebiasaannya ibu hamil memerlukan protein harian sebanyak 40 hingga 70 gram sehari, salah satunya adalah daripada telur. Kandungan protein dalam telur membantu untuk meningkatkan perkembangan sel-sel janin. Bagi yang menyusu pula, telur dapat menggantikan semula otot-otot rosak ketika melahirkan sekaligus membantu perkembangan otak si kecil. Omega 3 Telur mempunyai nutrisi omega 3 dimana kandungan DHA dan EPA dapat membantu menurunkan risiko kelahiran bayi pra matang sehingga 42 peratus. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! Zat Besi Ibu hamil berkemungkinan kerap mengalami anemia atau kekurangan zat besi ketika masuk trimester kedua. Tetapi dengan mengamalkan sebiji telur ia dapat membantu untuk memenuhi keperluan zat besi daripada tubuh badan. Kolin Bukan hanya protein, malah telur juga amat kaya dengan kandungan kolin yang dapat membantu proses perkembangan otak bayi sewaktu dalam kandungan. Ia juga berperanan untuk mengurangkan risiko terjadinya cacat saraf dan janin mampu terbentuk secara sihat. Vitamin A & B12 Makan telur bagi ibu menyusu juga amat baik kerana khasiat nutrisi seperti vitamin A, B12 dan selenium di dalam telur membantu mempertingkatkan sistem daya tubuh. Selain menjaga pola pemakanan, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan konsultasi daripada pakar secara konsisten bagi memantau kesihatan kandungan dan pertumbuhan janin. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]