suria

Tahukah anda... kumpulan darah pengaruhi risiko hidapi penyakit jantung

Jenis darah boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

JENIS darah seseorang dapat mempengaruhi risiko penyakit jantung malah dalam sebuah kajian, mereka dengan jenis darah A, B dan AB memiliki risiko lebih tinggi berbanding dengan golongan berdarah O.

Penyelidik dan penganalisa data daripada dua kajian besar terhadap golongan dewasa selama 20 tahun lalu mendapati, mereka yang mempunyai jenis darah AB memiliki 23 peratus lebih tinggi risiko penyakit jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Golongan darah O disaran lebihkan makan 5 buah-buahan ini

Bagi jenis darah B pula, golongan ini memiliki risiko sebanyak 11 peratus manakala jenis darah A pula lima peratus berbanding mereka yang berdarah O.

Golongan penyelidik bagaimanapun masih mencari jawapan serta alasan di mana jenis darah mempengaruhi risiko penyakit jantung tetapi bukti daripada penelitian lain memberikan beberapa petunjuk.

Golongan darah A mempunyai kaitan dengan kadar kolesterol low-density lipoprotein (LDL) atau kolesterol jahat yang menyebabkan masalah arteri jantung tersumbat.

Golongan darah AB pula berkaitan dengan keradangan yang tidak dapat mempengaruhi cara kerja pembuluh darah.

Sementara itu, orang dengan jenis darah O memiliki tingkat persenyawaan tertentu yang memberi kesan kepada aliran darah dan pembekuan darah.

Kajian ini dilakukan oleh Harvard School of Public Health Boston dan ia diterbitkan dalam jurnal American Heart Association.

Sementara itu, penyelidik menekankan bahawa perkara itu tidak semudah dibayangkan memandangkan jenis darah adalah perkara rumit dan terdapat faktor lain yang perlu dipertimbangkan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagi kajian ini, penyelidik perlu memeriksa lebih 90,000 data koresponden berusia di antara 30 hingga 75 tahun yang diikuti selama 20 tahun atau lebih.

Kajian itu adalah antara paling terkenal di Amerika iaitu Nurse Health Study (62, 073 wanita) dan Health Profesionals Follow-Up Study (27, 428 lelaki).

Meskipun manusia tidak dapat mengubah jenis darah mereka, ada beberapa perkara yang dapat mereka lakukan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Penyelidik menyarankan seseorang untuk mengetahui jenis darahnya serta memantau kadar kolesterol dan tekanan darah secara berkala.

Selain itu, mereka juga menyarankan untuk menerapkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan, bersenam dan tidak merokok.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain