suria

Mana yang betul... Gosok gigi sebelum atau selepas bersarapan?

Adakah kita patut menggosok gigi sebelum atau selepas bersarapan?

SETIAP hari kita akan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

Pada waktu malam, kita biasanya akan menggosok gigi sebelum tidur agar mulut berada dalam keadaan segar tetapi bagaimana dengan waktu pagi?

ARTIKEL BERKAITAN: 'Scaling' bukan sekadar buang karang gigi, ada 4 kebaikan termasuk rawatan macam di spa!

Adakah lebih baik menggosok gigi sebelum atau selepas bersarapan? Sebenarnya doktor gigi akan menyarankan agar kita menggosok gigi selepas bersarapan.

Ini kerana itu adalah waktu terbaik untuk membersihkan sisa-sisa makanan dan minuman yang melekat pada gigi. Jika memberus gigi setelah sarapan, gigi akan berada dalam keadaan lebih bersih.

Tetapi jika kita mengambil makanan atau minuman berasid ketika sarapan seperti kopi, jus oren atau buah-buahan lain, seseorang itu disarankan untuk menggosok gigi sebelum sarapan.

5ebcfb7c01853

Kita perlu memberus gigi dua kali sehari agar kuman dan bakteria tidak melekat dalam mulut.

Sebabnya, menggosok gigi selepas mengambil sesuatu yang berasid dapat merosakkan gigi. Untuk itu, American Dental Association menyarankan seseorang menggosok gigi sejam selepas makan.

Jika tidak boleh menunggu selama sejam, kumur mulut dengan air bagi menanggalkan sisa makanan dan kesan minuman seperti kopi pada gigi sebelum memberus gigi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bolehkah kita memberus gigi sebelum dan selepas bersarapan?

Bukan satu kesalahan menggosok gigi sebelum dan selepas bersarapan, namun seseorang itu perlu tahu terlalu kerap memberus gigi boleh mengikis gusi.

Menggosok gigi sepatutnya tidak perlu terlalu kuat memberus kerana tujuannya adalah untuk menghilangkan bakteria dan sisa makanan yang melekat pada celah-celah gigi.

Selain menggosok gigi, seseorang juga boleh menggunakan pencuci mulut, flossing selain mengamalkan memberus lidah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain