SEBAHAGIAN besar kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 biasanya mengalami gejala ringan atau tidak menunjukkan sebarang simptom. Bagaimanapun kajian terbaharu Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mendapati kanak-kanak yang terdedah kepada virus itu juga boleh mengalami gejala berat yang disebut sebagai Multisystem Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C).ARTIKEL BERKAITAN: Takut sendirian, merajuk antara ciri-ciri kanak-kanak stres akibat pandemik Sindrom ini adalah keadaan di mana bahagian tubuh yang berbeza dapat berlaku keradangan termasuk jantung, paru-paru, buah pinggang, otak, kulit, mata atau organ pencernaan. Keadaan ini sangat mudah berlaku kepada kanak-kanak berusia di bawah setahun atau memiliki penyakit tertentu seperti;Demam antara gejala biasa yang boleh berlaku pada kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19. 1. Asma atau penyakit paru-paru kronik 2. Diabetes 3. Keadaan genetik, neurologi atau metabolik 4. Penyakit anemia sel sabit 5. Penyakit berkaitan jantung sejak lahir 6. Imunosupresi 7. Obesiti Kebiasaannya, gejala Covid-19 pada kanak-kanak adalah mirip dengan orang dewasa seperti demam, sakit tekak, hilang deria bau, sakit sendi, sakit kepala dan sebagainya. Bagaimanapun gejala paling umum yang berlaku pada kanak-kanak adalah demam dan batuk. Bayi di bawah usia setahun pula yang dijangkiti, mereka akan mengalami penurunan nafsu makan.Jangan pandang ringan terhadap gejala yang berlaku pada anak-anak. Apabila anak dijangkiti Covid-19, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah tidak panik sebaliknya terus memantau gejala yang berlaku. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Selain itu, berikan perhatian khusus sekiranya mereka mengalami gejala berikut; 1. Suhu badan mencecah 37 darjah celcius 2. Sakit tekak 3. Batuk yang tidak terkawal dan sukar bernafas 4. Cirit birit, muntah atau sakit perut 5. Sakit kepala Sekiranya gejala-gejala ini semakin membimbangkan, kanak-kanak tidak lagi sesuai menjalani kuarantin di rumah sebaliknya perlu dihantar ke hospital untuk pemantauan daripada pakar serta mengelakkan komplikasi lebih teruk. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!