suria

Cukup cepat merebak melalui udara, ketahui 5 gejala Covid-19 varian Delta

Varian Delta ini berasal dari India dan ia boleh menular melalui bawaan udara atau 'airborne'.

SELESA lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu penularan varian Delta yang bahaya dan mudah merebak antara faktor peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.

Dr Noor Hisham menjelaskan unjuran jangkitan disebabkan varian itu adalah tinggi dan boleh merebak dengan pantas memandangkan ia adalah varian yang dominan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti air kelapa ubat Covid-19 tapi khasiatnya cukup banyak!

Dilaporkan varian Delta ini berasal dari India dan ia boleh menular melalui bawaan udara atau 'airborne'.

Atas sebab itu juga masyarakat perlu lebih berhati-hati dengan mematuhi SOP ditetapkan selain duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan penting di luar.

Covid 19

Kita perlu meningkatkan keselamatan diri dengan memakai pelitup muka berganda, menjauhi tempat sesak dan sebagainya.

Sekiranya terkena jangkitan varian Delta ini, pesakit biasanya akan mengalamai beberapa simptom termasuklah;

1. Sakit kepala

Pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 varian Delta, mereka mungkin akan mengalami sakit kepala.

2. Sakit tekak

Kebanyakan pesakit varian ini juga mengalami gejala sakit tekak.

3. Selesema

Varian Delta juga akan menyebabkan pesakit mengalami selesema.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

4. Demam

Gejala Covid-19 varian Delta turut disertai dengan demam panas.

5. Batuk

Selain sakit tekak, pesakit juga akan mengalami batuk.

Sementara itu, dalam penemuan di India, gejala Covid-19 varian Delta juga menyebabkan pesakit mengalami sakit perut, mual, muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit sendi.

Beberapa pesakit juga melaporkan mengalami gangguan pendengaran dan pembekuan darah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain