SELAIN memikirkan masalah, rasa lapar juga ternyata boleh membuatkan seseorang sukar untuk tidur. Tidak salah sebenarnya makan sebelum tidur tetapi kita perlu memerhatikan jenis makanan yang dimakan agar ia tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan.ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti air kelapa ubat Covid-19 tapi khasiatnya cukup banyak! Terdapat juga beberapa makanan yang bukan sahaja merisikokan kesihatan tetapi mengganggu kualiti tidur. Atas sebab itu, sebaik-baiknya 'haramkan' diri anda daripada mendekati lima jenis makanan ini sebelum masuk tidur. 1. Ais krim dan cokelat Sebekas ais krim dan cokelat memang cukup menggoda ketika membuka peti sejuk. Rasa manis, sejuk dan enak membuatkan ia menjadi pilihan sebagai makanan ringan sebelum tidur. Namun kita tidak digalakkan makan ais krim atau cokelat sebelum tidur kerana kandungan gula yang tinggi mampu meningkatkan kadar insulin dalam badan. Apabila insulin meningkat, seseorang akan berasa susah hendak tidur. 2. Tomato Sayur-sayuran dan buah-buahan memang cukup baik untuk dimakan tetapi jauhi tomato kerana ia memiliki tingkat asid yang tinggi dan boleh mengganggu tidur seseorang. Makanan dengan asid yang tinggi mampu memicu masalah heartburn dan mengendurkan esofagus yang boleh mengakibatkan refluks gastrik. 3. Kerepek kentang Kerepek kentang kegemaran ramai ketika menonton televisyen tetapi ia adalah contoh makanan ringan yang tidak sihat. Ia mengandungi kalori yang tinggi dan lemak tepu sehingga mampu membuatkan seseorang berasa lebih lapar dan makan berlebihan. 4. Keju Roti berasaskan gandum atau bijiran bukan makanan yang tidak sihat dimakan sebelum tidur namun ia menjadi buruk apabila ia disertakan dengan sekeping keju. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Keju mengandungi tyramine, asid amino yang meningkatkan penghasilan norepinefrin yang boleh mengakibatkan penurunan kualiti tidur. 5. Makanan pedas Masyarakat Malaysia dengan makanan pedas memang tak boleh dipisahkan! Namun elakkan makan makanan pedas sebelum tidur kerana ia mampu meningkatkan metabolisme badan. Ia sesuatu yang baik tetapi peningkatan sebelum tidur boleh mengganggu tidur anda. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!