SUSAH membuang angin atau kentut pun boleh jadi masalah, mana tidaknya ia membuatkan perut rasa tak selesa dan 'berangin'. Ia mungkin kedengaran melucukan tetapi kentut adalah perkara penting untuk proses membuang lebihan gas dalam sistem pencernaan kita.ARTIKEL BERKAITAN: Asyik kentut tak henti-henti? 6 perkara ini mungkin penyebab anda digelar 'kaki kentut'! Penyebab kepada keadaan ini dipengaruhi gas yang terbentuk dan bertahan dalam saluran pencernaan manusia. Keadaan dan penyakit tertentu juga boleh menyebabkan seseorang susah kentut atau tidak boleh langsung membuang angin. Berikut adalah beberapa kemungkinan menjadi penyebab masalah itu. 1. Sembelit Sembelit merupakan penyebab utama seseorang tidak boleh kentut. Gas boleh terbentuk pada usus besar ketika bakteria menghadam karbohidrat dalam najis yang dihasilkan. Dalam keadaan sembelit, gas tersebut menjadi sukar melepasi usus besar. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang berasa kembung perut dan tidak selesa. Cara mudah untuk atasi sembelit adalah dengan ubat-ubatan, selain mengamalkan diet tertentu dalam pemakanan seperti melebihkan pengambilan susu, kekacang dan buah-buahan yang mampu meningkatkan penghasilan gas di dalam perut. 2. Apendiks Sakit perut bahagian sebelah kanan merupakan salah satu gejala apendiks paling umum. Tak hanya sakit pada bahagian itu, pesakit boleh mengalami keradangan usus yang menyebabkan kesukaran membuang angin. Selain itu, gejala apendiks juga boleh menyebabkan seseorang mengalami muntah, sembelit dan demam. Sekiranya mengalami apendiks, segera ke hospital bagi mengelakkan ia pecah dan menyebabkan masalah serius lain. 3. Ileus Ileus adalah keadaan di mana usus mengalami pergerakan minimum sehingga makanan berkumpul di dalam usus. Keadaan ini biasa terjadi ketika seseorang mengalami masalah otot atau saraf yang berhubung dengan usus. Ileus dapat menyebabkan makanan, cecair dan gas di dalam usus tersumbat manakala gejalanya adalah tidak boleh kentut, sakit perut, kehilangan nafsu makan, sembelit, perut membengkak, mual dan muntah. Kebiasaannya, masalah ini dihadapi oleh mereka yang baharu sahaja menjalani pembedahan kerana kesan sampingan ubat-ubatan tertentu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Namun masalah itu juga boleh disebabkan oleh penyakit sedia ada seperti kanser usus, penyakit crohn dan parkinson. Selain itu trauma, penurunan berat badan yang drastik dan faktor usia turut boleh memicu masalah itu. Ileus tidak boleh diabaikan kerana tanpa rawatan yang tepat ia boleh menyebabkan dinding usus berlubang dan menyebabkan kotoran di dalamnya bergerak ke bahagian organ lain. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!