suria

Sejarah diabetes antara 7 sebab berlakunya ketumbit, intai orang tak ada dalam senarai!

Mata ketumbit berlaku disebabkan jangkitan kuman pada kelopak mata.

SETIAP kali melihat ada rakan yang mengalami mata ketumbit, kita pasti mengaitkannya dengan perbuatan mengintip atau mengintai orang namun adakah ia benar?

Sebenarnya ia sekadar mitos sebaliknya mata ketumbit berlaku disebabkan jangkitan bakteria pada kelenjar minyak atau folikel rambut di kelopak mata.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘5 second rules’... Adakah selamat kutip makanan yang jatuh ke lantai?

Kelenjar di bahagian dalam atau luar kelopak mata ini boleh tersumbat disebabkan sel kulit mati termasuk kotoran lain seperti habuk.

Jangkitan itu yang menyebabkan munculnya bonjolan kecil yang membengkak, bernanah dan sakit apabila ditekan.

stye_s

Terdapat pelbagai sebab berlakunya ketumbit termasuklah tidak mencuci solekan pada mata.

Penyebab mata ketumbit

Healthline menjelaskan kebanyakan masalah mata ketumbit disebabkan jangkitan bakteria dipanggil 'staphylococcus'. Bakteria ini biasanya hidup pada kulit dan tidak berbahaya.

Bagaimanapun ketika bakteria ini berpindah ke mata dan merebak ke kelenjar atau folikel kelopak mata, kuman mampu membiak dan menyebabkan mata ketumbit.

Terdapat beberapa sebab lain yang meningkatkan risiko bakteria berpindah ke mata dan menyebabkan mata ketumbit, termasuklah;

1. Menggesel mata ketika gatal kerana elergi atau demam dalam keadaan tangan kotor

2. Memakai produk solekan seperti maskara atau pembayang mata yang tercemar dengan bakteria

3. Tidur tanpa membersihkan wajah atau solekan

4. Mempunyai masalah keradangan kelopka mata atau blepharitis

5. Mengalami masalah kulit iaitu rosacea dan dermatitis

6. Sejarah penyakit diabetes

7. Kerap memakai kanta lekap yang tidak disteril, dibuka sebelum tidur

Cara merawat masalah mata ketumbit

Bagi yang mengalami masalah ini, tidak disarankan untuk cuba memicit atau memegang bahagian yang bengkak bagi mengelakkan jangkitan lebih buruk dan boleh merebak ke seluruh kelopak mata anda.

Berikut adalah beberapa cara untuk merawat masalah itu di rumah.

1. Tekap biji mata ketumbit menggunakan tuala kecil yang sudah direndam di dalam air panas selama 10-15 minit sebanyak tiga kali sehari

2. Sapu krim yang dikhaskan untuk masalah mata ketumbit

3. Jika mata ketumbit itu pecah atau berdarah, segera bersihkan dengan air suam bagi mengelakkan kuman merebak ke bahagian lain pada mata

Kebiasaannya masalah ini boleh sembuh dengan sendirinya dalam tempoh seminggu namun jika ia berlarutan, sebaik-baiknya segera berjumpa dengan pakar mata bagi mengelakkan masalah lain seperti gangguan penglihatan, mata membengkak dan bernanah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain