suria

Belum reda varian Delta, muncul pula varian Mu... ini fakta yang perlu anda tahu!

Vaksin dilihat jalan terbaik bagi melindungi diri daripada varian-varian baharu ini.

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) sedang memantau kemunculan varian baharu koronavirus yang dikenali sebagai Mu.

The Guardian melaporkan varian Mu atau B.1.621 pertama kali dikesan di Columbia pada Januari lalu manakala kes melibatkan varian itu pernah dicatatkan di Amerika Syarikat dan Eropah.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem seram, fiksyen mampu bantu seseorang berdepan pandemik dengan lebih baik - Kajian

Berikut adalah beberapa fakta mengenai varian Mu yang perlu kita ketahui.

1. Diklasifikasikan sebagai Variant of Interest

Varian Mu diklasifikasikan sebagai salah satu varian yang perlu diawasi atau 'variant of interest' (VOI). Ini bermaksud, untuk sementara ini, WHO menganggap varian ini layak untuk dipantau secara khusus dan lebih mendalam.

Varian ini dikatakan memiliki kemampuan genetik yang dapat mempengaruhi karakteristik virus iaitu tingkat keparahan penyakit, tahap kekebalan, penularan dan kemampuan dikesan serta perawatan.

Bagaimanapun ketika ini, varian Mu dianggap masalah berpotensi yang lebih kecil daripada varian Delta atau Alpha yang diletakkan sebagai varian dalam pemerhatian atau variant of concern (VOC) kerana jangkitannya yang meningkat.

2. Potensi kebal terhadap vaksin

WHO juga menjelaskan varian Mu mempunyai mutasi yang menunjukkan kemungkinan untuk mengatasi sistem imun namun perkara itu masih perlu kajian lebih mendalam.

3. Variant of interest kelima dipantau WHO

Varian Mu adalah variant of interest kelima yang dipantau oleh WHO. Selain Mu, ada empat varian yang lebih serius yang masuk dalam kategori variant of concern.

1. Eta: pertama kali dikesan di beberapa negara pada Disember 2020

2. Iota: pertama kali dikesan di AS pada November 2020.

3. Kappa: pertama kali dikesan di India pada Oktober 2020.

4. Lambda: pertama kali dikesan di Peru pada Disember 2020.

5. Mu: pertama kali dikesan di Colombia pada Januari 2021. Sementara varian yang diletakkan dibawah VOC adalah Alpha, Beta, Gamma, dan Delta.

Jumlah varian SARS-CoV-2 dikenal pasti akan berubah seiring perubahan waktu, kerana semakin banyak virus menyebar, maka akan semakin banyak peluang untuknya bermutasi.

4. Melindungi diri daripada varian Mu

Semakin banyak virus menyebar akan semakin besar peluang virus bermutasi. Cara terbaik untuk mengurangkan mutasi virus adalah membataskan penyebarannya, termasuk melalui vaksinasi.

Ini termasuklah menerapkan SOP ditetapkan iaitu mencuci tangan, memakai pelitup muka, menjaga jarak dan mengelak tempat sesak dengan orang ramai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain