MIMPI basah adalah salah satu ciri yang akan dialami oleh remaja lelaki yang mencapai akil baligh dan ia adalah perkara biasa dalam proses melangkah ke alam dewasa. Smarter Health melaporkan orgasm yang berlaku ketika tidur ini boleh berlaku tanpa sebarang rangsangan seksual seperti sentuhan fizikal ataupun masturbasi.ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu jumpa doktor, cuba hilangkan kutil guna 5 bahan yang ada di rumah Kebiasaannya, mimpi basah terjadi ketika seseorang itu memasuki fasa tidur tahap akhir atau REM (Rapid Eye Movement). Pada peringkat ini, aktiviti otak cenderung meningkat, selain nafas dan degupan jantung menjadi lebih cepat dan tekanan darah meningkat. Berikut adalah penjelasan lanjut penyebab seseorang sering mengalami mimpi basah dan cara mengatasinya. Tidur meniarap dapat meningkatkan risiko mimpi basah. Beberapa kajian menunjukkan bahawa penyebab seseorang sering mengalami mimpi basah dipengaruhi oleh kadar hormon di dalam tubuh mereka. Semakin tinggi kadar hormon terstosteron, semakin kerap seorang lelaki mengalami mimpi basah. Posisi tidur juga boleh menyumbang kepada keadaan itu dan sebuah kajian membuktikan, seorang lelaki cenderung mengalami mimpi basah ketika tidur dalam keadaan meniarap. Sementara itu, ada juga beranggapan orgasm itu berlaku disebabkan seorang lelaki mengalami mimpi berkaitan seksual. Bagaimanapun perkara itu masih belum dibuktikan benar dan menjadi penyebab utama mimpi basah. Adakah sesetengah orang boleh mengalami mimpi basah beberapa kali dalam tempoh seminggu manakala ada pula hanya berlaku sekali seumur hidup mereka. Keadaan itu adalah normal dan perlu diketahui, kekerapan dan jarang mimpi basah bukan petanda ia baik atau buruk bagi kesihatan organ reproduksi. Tiada sebarang cara khusus untuk mengelakkan daripada berlakunya mimpi basah namun tidur dalam posisi mengiring atau terlentang boleh membantu mengatasi alat sulit bersentuhan dengan tilam atau bantal ketika tidur dalam keadaan meniarap. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI