KACANG bendi antara sayuran popular yang digunakan dalam masakan seperti kari dan asam pedas. Tetapi tahukah anda bahawa beberapa kajian menunjukkan bahawa kacang bendi merupakan antara makanan yang baik untuk pesakit diabetes? ARTIKEL BERKAITAN: Ramai takut dibedah, kononnya vaksin Covid-19 beri reaksi negatif kepada prosedur anestesia... Ini penjelasan pakar Kajian yang diterbitkan dalam PLOS One pada 2017 mendapati zat yang disebut 'myricetin' terdapat dalam kacang bendi dan beberapa makanan lain termasuk anggur merah dan teh. Penyelidik mengambil ekstrak 'myricetin' daripada kacang bendi dan diberikan kepada tikus makmal dan hasilnya menunjukkan ia meningkatkan penyerapan gula pada otot tikus sehingga menurunkan kadar glukosa darah. Para penyelidik berpendapat bahawa 'myricetin' juga dapat mengurangkan risiko lain untuk diabetes. Selain itu, penyelidik pada 2011 menemukan adanya hubungan antara kacang bendi dengan penurunan gula dalam darah. Kacang bendi kaya dengan myricetin. Saintis memberikan gula cair dan kacang bendi mentah kepada tikus dan mendapati tikus yang makan sayuran itu memiliki lonjakan gula dalam darah lebih rendah. Mereka percaya bahawa larutan kacang bendi telah menyekat penyerapan gula pada usus. Kajian ini juga turut menjurus kepada kaitan kacang bendi dan metformin, iaitu ubat menurunkan gula bagi pesakit diabetes jenis dua. Kacang bendi turut menghalang penyerapan metformin yang sekali gus menunjukkan bahawa tanaman ini mengurangkan keberkesanan ubat itu. Bagaimanapun kajian menyeluruh masih dilakukan bagi membuktikan perkara itu. Pesakit tetap perlu mengambil suntikan insulin dan ubat-ubatan lain dan bukannya hanya bergantung kepada kacang bendi. Risiko makan kacang bendi Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa sayuran itu memiliki kesan sampingan negatif. Selain membuatkan ubat metformin kurang efektif, ia juga kaya dengan zat oksalat. Zat ini dapat meningkatkan risiko batu karang selain sayuran ini terdapat bakteria, pestisida dan zat berbahaya lainnya. Bagaimanapun, kacang bendi tidak menyembuhkan diabetes seperti dakwaan sesetengah pihak tetapi boleh membantu menurunkan kadar gula dalam darah selain pesakit perlu terus makan ubat diberikan doktor. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!