suria

Makin tua, makin pelupa... 5 perkara ini mungkin penyebabnya!

Semakin meningkat usia seseorang, daya ingatan juga akan menurun.

SEMAKIN berusia, semakin pelupa! Itu antara perkara biasa yang kita dengar apabila seseorang terlupa tentang sesuatu perkara kecil seperi tarikh atau tidak ingat dimana meletakkan kunci kereta.

Sebenarnya pelbagai perubahan boleh berlaku pada tubuh seiring dengan peningkatan usia dan salah satunya daya ingatan semakin menurun.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga-jaga, rasa kebas selepas bangun tidur mungkin petanda 5 penyakit ini

Penurunan daya ingatan pada orang berusia bukan perkara pelik dan ia juga boleh berlaku kepada golongan belia. Malah tingkat daya ingatan manusia mula menurun apabila memasuki usia 20-an!

Berikut adalah 5 penyebab daya ingatan seseorang semakin menurun seiring bertambahnya usia.

Otak Manusia

1. Perubahan volume otak

Setiap dekad kehidupan manusia, daya ingatan akan mengalami penurunan sebanyak dua peratus dan salah satu faktornya kerana perubahan volume otak.

Ia berlaku kerana penyusutan hippocampus iaitu bahagian otak yang bertugas menyimpan memori dan ingatan.

2. Keadaan kesihatan

Tekanan darah tinggi terutamanya pada pertengahan usia kerap dikaitkan dengan risiko demensia. Hipertensi yang tidak dirawat boleh menyempitkan arteri termasuk di otak.

Ia menyebabkan seseorang mengalami penurunan daya ingatan. Tidak hanya darah tinggi, sleep apnea dan kemurungan yang tidak dirawat boleh mempengaruhi kemampuan otak berfikir dan mengingati sesuatu perkara.

Masalah pendengaran

3. Gangguan pendengaran

Sebuah kajian yang diterbitkan menerusi The Hearing Journal menunjukkan hubungan di antara gangguan pendengaran dan demensia.

4. Perubahan hormon

Ketika hamil, seorang wanita mungkin lebih mudah terlupa akan sesuatu perkara. Tidak hanya itu, wanita yang menghampiri menopause juga akan mengalami perkara sama.

Ia berlaku disebabkan penurunan hormon estrogen. Pun begitu, ketika hormon kembali teratur, daya ingatan seseorang akan kembali tajam.

Kemurungan

5. Kemurungan

Kemurungan adakalanya boleh menyebabkan seseorang seperti hilang ingatan dan lupa pelbagai perkara penting dalam hidup mereka. Tidak hanya itu, pesakit juga mudah hilang tumpuan dan menyelesaikan sesuatu perkara yang mudah.

Artikel Lain