suria

Paracetamol melegakan sakit tapi bahaya jika disalah guna

Ketahui kesan jangka pendek dan panjang pengambilan paracetamol.

PARACETAMOL adalah ubat yang biasanya digunakan untuk menghilangkan rasa sakit seperti pening kepala dan ketika demam.

Terdapat pelbagai manfaat paracetamol termasuklah meredakan beberapa kesakitan seperti;

ARTIKEL BERKAITAN: Tak selesa di dubur... doktor di Jepun kesan satu lagi gejala Covid-19

1. Sakit kepala ringan

2. Sakit ketika datang haid

3. Sakit gigi

4. Demam

5. Selesema

Paracetamol

Paracetamol antara ubat yang dicari ketika demam.

Biasanya, paracetamol mudah didapati di farmasi namun sebenarnya pengambilan paracetamol tidak boleh dibuat sembarangan.

Ini kerana pengambilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan selain menyebabkan masalah lain pada kesihatan.

Apabila diambil dengan dos bersesuaian, paracetamol umumnya selamat. Namun harus diingat, pengambilan ubat itu perlu disesuaikan dengan berat badan, usia termasuk faktor pengambilan ubat-ubatan lain dan keadaan kesihatan secara keseluruhan.

Meskipun selamat, bagi sesetengah orang, pengambilan paracetamol boleh menyebabkan kesan sampingan seperti;

1. Mengantuk

2. Ruam dan kegatalan

3. Mudah lapar

4. Sembelit

5. Kandungan gula dalam darah menurun

800

Sebaik-baiknya makan paracetamol sebelum sakit menjadi teruk.

Sementara itu, pengambilan paracetamol secara berlebihan boleh menyebabkan gejala dos berlebihan seperti sakit perut, mual, muntah, gangguan hati, kekejangan dan koma.

Individu yang mengambil ubat itu secara berlebihan juga berisiko mengalami kegagalan hati dan buah pinggang dalam tempoh dua ke empat hari. Lebih malang, keadaan ini boleh menyebabkan kematian.

Kesan jangka panjang

Pengambilan paracetamol dalam jangka panjang tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti;

1. Keletihan

2. Sesak nafas

3. Jari dan bibir menjadi kebiru-biruan

4. Anemia atau kurang darah

5. Fungsi hati dan buah pinggang rosak

Mother giving her 3 year-old girl Doliprane with a pipette.

Elak memberikan paracetamol kepada kanak-kanak yang sakit melebihi lima hari.

Tip selamat mengurangkan kesan sampingan paracetamol

WebMD menjelaskan untuk meminimumkan kesan ubat itu, terdapat beberapa perkara boleh dilakukan, termasuklah;

1. Paracetamol dijual dengan dos berbeza-beza. Sebaik-baiknya baca arahan penggunaan terlebih dahulu. Jika tidak pasti, sebaik-baiknya rujuk kepada doktor atau ahli farmasi.

2. Paracetamol paling efektif digunakan ketika seseorang mula mengalami gejala seperti demam atau sakit kepala. Ia berkemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik ketika gejala sakit sudah ditahap teruk untuk golongan dewasa.

3. Jangan sembarangan makan paracetamol untuk sakit yang berlarutan selama 10 hari.

4. Jangan sembarangan memberikan ubat itu pada kanak-kanak apabila sakitnya melebihi lima hari. Sebaik-baiknya, terus membawa mereka ke hospital atau klinik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain