MAKANAN ringan bukannya semua dapat memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Sebaliknya ada yang mampu membantu menurunkan kolesterol. Jika anda mengalami masalah kolesterol tinggi, apa kata cuba makanan ringan ini dalam menu harian untuk membantu menurunkan kolesterol.ARTIKEL BERKAITAN: Asyik rasa nak makan makanan ringan? Puncanya mungkin sebab anda tak cukup tidur Selain itu, imbangkan pemakanan dengan pola hidup sihat seperti bersenam, tidur yang cukup dan menguruskan tekanan. Ini kerana kolesterol tinggi dapat meningkatkan risiko penyakit jantung. Berikut adalah makanan ringan yang sihat dan kaya dengan nutrisi untuk menurunkan kadar kolesterol. 1. Edamame Edamame merupakan makanan ringan yang sihat dan dapat membantu menurunkan kolesterol. Ia mengandungi serat dan beta-conglycinin yang dapat menurunkan kadar trigliserida. 2. Epal Potongan buah epal dapat dijadikan snek di antara menu utama. Epal mengandungi serat yang dapat menurunkan kadar kolesterol jahat. 3. Avokado Avokado merupakan sumber lemak tak tepu. Kajian menunjukkan ia terbukti menurunkan kolesterol jahat. Sebiji buah akokado mengandungi 10 gram serat. 4. Roti gandum Roti gandum mengandungi serat yang tinggi sehingga dapat membantu menurunkan kolesterol tidak bagus. Kombonasi roti gandum dengan keju yang kaya akan probiotik juga baik untuk pencernaan. 5. Oat Oat bukan hanya baik untuk sarapan tetapi ia juga boleh dimakan sebagai makanan ringan dalam membantu menurunkan kolesterol. Ia mengandungi serat yang mampu menyerap kolesterol jahat dalam badan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI