suria

Pesakit diabetes jangan culas makan ubat, Covid-19 masih boleh menyerang walaupun sudah vaksin!

Diabetes dan obesiti penyumbang kepada jangkitan Covid-19.

AKIBAT daripada kebimbangan dengan jangkitan Covid-19, seorang wanita menghidap diabetes, hipertensi (tekanan darah tinggi) dan obesiti tidak menghadiri rawatan perubatan berkalanya.

Walau bagaimanapun, beliau telah mendapatkan dos pertama vaksin covid dan memastikan dirinya mengikuti semua langkah pencegahan lain seperti hanya keluar rumah apabila ada urusan penting sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga-jaga, rasa kebas selepas bangun tidur mungkin petanda 5 penyakit ini

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pandang ringan kencing berbuih, ia mungkin petanda masalah buah pinggang!

Malangnya, beliau telah dijangkiti Covid-19 dan dimasukkan ke hospital dalam keadaan kategori 4 yang membawa beliau untuk dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Walaupun semua langkah telah diambil, wanita berumur 49 tahun ini akhirnya meninggal dunia akibat kegagalan pelbagai organ hanya selepas empat hari dirawat di hospital.

diabesity-why-diabetes

Pelbagai penyakit dihidapi seseorang boleh membahayakan jika tidak mengambil ubat seperti ditetapkan.

Ini membuktikan bahawa risiko untuk jangkitan Covid-19 yang teruk dan kematian adalah usia lanjut (lebih 60 tahun), diabetes, hipertensi, masalah buah pinggang, penyakit jantung dan obesiti sangat tinggi.

Lebih banyak risiko yang di hidapi, lebih tinggi kebarangkalian untuk meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Malah diabetes adalah penyumbang utama morbiditi kepada kematian akibat virus itu.

Paras gula yang tinggi dalam darah menjejaskan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kemampuan tubuh untuk melawan jangkitan menyebabkan risiko lebih tinggi untuk mengalami simptom lebih parah.

Obesiti juga adalah di antara risiko terbesar seseorang lebih rentan dijangkiti wabak itu.

Sebelum ini, ia hanya dianggap sebagai masalah kesihatan sampingan yang berkait rapat dengan diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular yang telah diketahui dapat menyebabkan risiko jangkitan Covid-19 yang teruk.

Peningkatan angka obesiti di Malaysia memperlihatkan betapa teruknya tahap kesihatan populasi negara kita terutamanya berkaitan penyakit metabolisma.

FILE - In this March 16, 2020, file photo, Neal Browning receives a shot in the first-stage safety study clinical trial of a potential vaccine for COVID-19, the disease caused by the new coronavirus, at the Kaiser Permanente Washington Health Research Institute in Seattle. The vaccine by Cambridge, Massachusetts-based Moderna Inc., generated antibodies similar to those seen in people who have recovered from COVID-19 in a study of volunteers who were given either a low or medium dose. (AP Photo/Ted S. Warren, File)

Pengambilan vaksin dapat membantu mengurangkan risiko dan melindungi individu berpenyakit mendapat simptom parah.

Pencegahan amat penting sekiranya anda menghidap diabetes!

Di saat sekatan sosial dilonggarkan dan orang ramai memulakan perjalanan adalah penting untuk anda mengekalkan semua amalan pencegahan bagi menghindari jangkitan Covid-19.

Perlu di ingatkan, sentiasa kekalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka, dan kerap cuci tangan anda, terutamanya apabila berinteraksi dengan ahli keluarga yang masih belum mendapatkan vaksin.

Kajian mengesahkan bahawa vaksin-vaksin yang digunakan di Malaysia adalah efektif, termasuk kepada penghidap diabetes.

Namun begitu, seperti kebanyakan vaksin lain, perlindungan yang diberikan bukanlah 100 peratus.

Seseorang masih boleh dijangkiti selepas menerima vaksin tetapi kebarangkalian mendapat jangkitan yang teruk dan kematian amat rendah.

shutterstock_1048329343-1000x675

Jalani kehidupan sihat dan menguruskan kesihatan dengan baik.

Jaga diri dengan lebih baik

Malangnya, dalam keadaan pandemik ini, ramai penghidap diabetes tidak mengawal paras gula dalam darah, tidak ambil peduli akan tekanan darah dan membiarkan berat badan bertambah.

Sebagai penghidap diabetes, seseorang perlu mengambil berat tentang kawalan paras gula dalam darah kerana ia boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 yang teruk dan risiko kematian.

Jadi, ambillah ubat seperti yang disarankan, jaga pemakanan, kekal aktif, dan pantau paras gula dalam darah dengan kerap.

Pastikan juga menguruskan tekanan darah dan masalah kesihatan kronik lain yang mungkin ada, dan kurangkan berat badan serta tidak culas menghadirkan diri pad sesi rawatan berkala yang telah dijadualkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain