MULUT kering adalah keadaan yang biasa berlaku kepada hampir setiap orang. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kekeringan pada mulut antaranya cuaca atau suhu ruang tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Jom cuba! Ada 5 senaman otak pada waktu pagi mampu buat anda lebih cergas, bertenaga Anda boleh atasi masalah ini daripada terus berlaku dengan mengikuti beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan di rumah. 1. Minum air secukupnya Masalah dehidrasi sering dikaitkan dengan masalah mulut yang kering. Jika anda tidak mengambil air yang cukup setiap hari, perkara ini akan mengakibatkan mulut menjadi lebih kering setelah bangun dari tidur. 2. Menggunakan air-humidifier atau pelembap udara. Memasang alat pelembap udara dapat membantu mencegah mulut kering kerana dengan memasang alat ini kelembapan udara adalah lebih baik ketika tidur. 3. Elakkan mengambil alkohol dan minuman tinggi kafein. Kedua-dua minuman ini boleh menyebabkan dehidrasi yang akan membawa kepada mulut kering. Jika anda seorang yang coffee-addict, mengurangkan pengambilan air ini adalah salah satu cara mengatasi masalah mulut kering. 4. Menjaga kesihatan mulut. Individu yang mengalamai masalah mulut kering lebih cenderung untuk menghidapi penyakit gigi berlubang dan kerosakan pada gigi. Oleh itu, rutin menjaga kebersihan mulut adalah penting seperti penggunaan floss, ubat kumur (mengandungi xylitol) yang direka khas untuk individu mulut kering dan elakkan penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol atau peroksida. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI