suria

Jangan buang air beras yang dibasuh, ada cara boleh kita manfaatkan pada rambut

Air beras yang kaya asid amino, vitamin B, C, dan D di dalamnya membantu merawat rambut rosak.

BUDAYA yang diamalkan dalam sesebuah negara dapat mencorakkan jenis penjagaan kecantikan kita.

Kajian dan penemuan telah membuktikan bahawa beras antara sumber yang telah banyak digunakan dalam dunia kecantikan pada masa kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh campuran kopi dan jus lemon mampu turunkan berat badan, pakar beri penjelasan!

Anda mesti sudah sedia maklum tentang khasiat dan kebaikan yang terdapat dalam beras selain dijadikan makanan ruji di Malaysia.

Tetapi tahukah anda walaupun manfaat air beras lebih terkenal untuk wajah, tetapi ia juga mempunyai kebaikan untuk rambut!

540698TjlK

Rambut yang panjang dan lebat menjadi satu budaya orang di perkampungan Huangluo, China.

Sebuah perkampungan Huangluo di China telah mendapat pengiktirafan Guinness World Records kerana penduduknya memiliki rambut terpanjang di dunia.

Bukan setakat panjang sahaja tetapi mereka juga memiliki rambut hitam dan sihat tanpa memiliki sedikit pun uban.

Bagaimanakah cara penggunaan air beras yang mereka amalkan sehingga boleh mendapat hasil seperti ini?

Sebelum itu, jom kita tengok khasiat yang terdapat dalam air beras terlebih dahulu:

- Asid amino: Menjaga dan merangsang pertumbuhan rambut baharu

- Vitamin B: Memberi oksigen dan nutrisi pada kulit kepala dan akar rambut

- Vitamin E: Menjaga dan memperbaiki rambut yang rosak

- Mineral: Memberi nutrisi pada kulit kepala dan mencegah kerosakan hujung rambut.

- Anti-oksidan: Mencegah dan merawat rambut yang kering.

Cara membuat air beras di rumah dengan mudah

Terdapat banyak manfaat untuk rambut, sayang kalau air yang penuh nutrien ini dibuang begitu saja semasa cuci beras.

rice in hand

Air beras direndam untuk mendapatkan nutrien lebih baik.

1. Air tapisan beras

Cara paling mudah adalah dengan hanya menggunakan beras organik atau bukan organik.

Sukat dua cawan atau pot beras bersamaan nisbah dua gelas air.

Rendamkan beras bersama air tersebut selama dua jam.

Setelah air kelihatan keruh, pindahkan air beras tersebut ke dalam bekas yang lain dan air beras siap untuk digunakan!

rice-and-rice-water-in-a-wooden-bowl

Rendamkan beras sehingga warna air bertukar menjadi keruh sebelum digunakan.

2. Rendaman air beras

Ambil dua tapisan beras bersamaan dua gelas air dan rendamkan selama 30 minit.

Pindahkan air rendaman tersebut dalam bekas tertutup rapat supaya tidak terdedah kepada kekotoran.

Simpan air beras tersebut pada ruang suhu yang lebih rendah selama dua hari.

Air beras sedia digunakan apabila terdapat sedikit bau masam kerana paras pH telah menurun memudahkan penyerapan nutrisi pada rambut.

air rebus beras

Air rebusan beras perlu disejukkan terlebih dahulu bagi mengelakkan kecederaan pada kulit.

3. Rebusan air beras

Gunakan nisbah setengah cawan beras bersamaan dua kali ganda air untuk tanak nasi.

Rebus selama beberapa saat sehingga air tersebut kelihatan berbuih lalu ambil air rebusan tersebut untuk diguna pakai.

RICE_WATER@2x

Bilas rambut dengan pencuci rambut (syampu) setelah menggunakan air beras.

Cara penggunaan air beras pada rambut

Jadi, bagaimana cara menggunakannya? Antara cara paling mudah adalah dengan meletakkan air beras dalam botol spray.

Fokus pada bahagian bermasalah semasa menggunakan air beras tersebut dan pastikan ia benar-benar menyerap setiap helai rambut dan kulit kepala.

Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kemudian, teruskan dengan syampu dan perapi seperti biasa.

Cara ini adalah lebih efektif bagi mendapatkan hasil pada tahap maksima untuk rambut anda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain