suria

Boleh marah, tapi emosi ini perlu dikawal! Ketahui bagaimana sikap baran, cepat naik angin jejas kesihatan anda

Perasaan marah boleh membawa kepada kebinasaan pada diri mahupun orang sekeliling yang dimarahi.

SALAH satu bukti bahawa wujudnya emosi dalam diri manusia dapat dilihat apabila kita berasa marah.

Kemarahan boleh berlaku atas pelbagai sebab, sama ada kerana anda tersinggung, salah faham komunikasi, atau ada yang mengganggu ketika anda sedang tiada mood untuk bercakap dengan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas jika suka main telefon terlalu lama... anda mungkin akan rabun, nampak lebih tua dari usia sebenar

Jadi apa sebenarnya yang berlaku kepada otak apabila kita marah?

Apabila kita marah, lobus prefrontal yang lebih rasional dalam otak akan tertutup, dan kawasan bahagian belakang refleksif akan mengambil alih.

Tindak balas hormon dan kardiovaskular juga memainkan peranan masing-masing.

Badan kemudiannya mengeluarkan kolesterol dan sekumpulan bahan kimia lain yang dipanggil katekolamin.

Tindak balas ini menggalakkan pengumpulan lemak di jantung dan arteri karotid.

Inilah sebabnya mengapa individu yang baran, pemarah atau mudah hilang sabar mempunyai risiko penyakit jantung lebih tinggi daripada mereka yang lebih tenang mengawal emosi.

.

Serangan sakit jantung bukan sahaja disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat malah masalah lain seperti tekanan jiwa yang melampau.

Satu kajian yang diterbitkan pada 2015 mendapati bahawa dalam masa dua jam selepas kemarahan yang teruk, risiko serangan jantung adalah 8.5 kali lebih tinggi.

Reaksi kita apabila marah menyebabkan sistem saraf menyekat darah yang mengalir ke perut dan memindahkannya ke otot, yang akhirnya menjejaskan pencernaan rembesan.

Biasanya, selain tabiat sendiri, sikap mudah marah terbentuk akibat beberapa faktor seperti pengalaman silam, latar belakang hidup atau orang sekeliling anda yang suka marah.

marah 4

Kanak-kanak cenderung belajar dan menjadikan ibu bapa sebagai tauladan untuk mereka contohi semasa membesar.

Sejarah peribadi anda juga memberi kesan yang boleh dijadikan faktor kepada kemarahan anda.

Sebagai contoh, jika anda tidak diajar cara untuk meluahkan kemarahan dengan sewajarnya, kekecewaan yang dirasai mungkin membara seterusnya membuatkan anda sengsara, atau bertambah sehingga akhirnya 'meletup'.

Kecenderungan yang diwarisi, kimia pada otak atau keadaan perubatan asas juga memainkan peranan dalam kecenderungan anda ke arah kemarahan.

Satu hasil kajian yang diterbitkan pada tahun 2015 dalam Jurnal Jantung Eropah: Acute Cardiovascular Care, mendapati bahawa risiko serangan jantung adalah 8.5 kali lebih tinggi dalam masa dua jam selepas kemarahan yang kuat.

marah 3

Kemarahan menjejaskan kemampuan mental untuk memproses sesuatu dengan betul kerana bebanan emosi marah pada ketika itu.

"Jika seseorang menumpahkan kopi pada komputer riba kita, kadar denyutan jantung dan tekanan darah kita akan meningkat, yang merupakan tindak balas fisiologi," kata Bushman.

Di samping itu, kemarahan menyebabkan lonjakan dalam hormon stres kortisol.

Semasa ledakan kemarahan yang berpanjangan, sebahagian daripada sistem saraf menjadi sangat aktif, boleh menjejaskan sistem imun kita.

Jadi, segera kawal kemarahan dan emosi kita, kerana ia boleh membahayakan tubuh dan kesihatan kita sendiri.

Jangan risau, ini bukanlah berita buruk sehingga menyebabkan anda langsung tidak boleh ada rasa marah.

"Kemarahan mempunyai faedah secara evolusi kerana ia membantu kita mengatasi ketakutan dan membina keyakinan untuk bertindak balas terhadap bahaya atau ancaman," kata Kaloostian.

Kemarahan, kekecewaan, dan juga kesedihan semuanya boleh memberi manfaat kepada kita apabila kita belajar mengawalnya dan belajar daripadanya.

Walaupun kemarahan bukanlah emosi yang buruk dalam apa cara sekali pun, adalah penting untuk mengetahui cara ia boleh menjejaskan anda dan orang lain di sekeliling anda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Marah, tips, kesihatan, emosi, amarah, mode

Artikel Lain