suria

Tekanan berpanjangan punca mudah lupa... amalkan 3 cara tingkatkan fungsi memori

Tekanan boleh menyebabkan seseorang menjadi pelupa.

TEKANAN berpanjangan ternyata mampu memberi kesan kepada memori manusia dan hal itu dibuktikan oleh pakar saraf di Ohio State University, Jonathan Godbout.

Dalam kajian yang dilakukan, Godbout mendapati bahawa tekanan berpanjangan boleh membuatkan kemampuan memori manusia menurun sehingga menyebabkan seseorang mudah lupa.

ARTIKEL BERKAITAN: Gejala varian Omicron mungkin ringan, tapi ketahui sebab mengapa ia berbahaya

Menurut Godbout, tekanan boleh melepaskan sel-sel kekebalan daripada sum sum tulang dan ia dapat melintas ke bahagian otak yang mengaktifkan saraf respon terhadap stres.

Sel-sel ini akan bergerak menuju ke pusat memori dan ia memicu keradangan yang mengakibatkan penurunan fungsi memori manusia.

STRESS

Tekanan akan mempengaruhi daya memori manusia.

Sementara itu, ketika tubuh berada dalam keadaan tertekan, ia akan menghasilkan hormon adrenalin dalam melindungi tubuh daripada ancaman.

Ia membuatkan otak manusia akan lebih memberi perhatian kepada bahaya dan tidak dapat memberi fokus kepada rangsangan lain di sekitarnya termasuk memori.

Akhirnya, kemampuan tubuh untuk menerima maklumat berkurangan dan memicu penurunan memori.

Bagaimana caranya untuk meningkatkan fungsi memori manusia?

Pemakanan

1. Jaga pemakanan

Nutrisi adalah salah satu cara terbaik untuk melindungi otak. Untuk meningkatkan fungsi otak dan memori, kita boleh mengambil makanan yang kaya dengan lemak sihat seperti minyak zaitun, kekacang dan ikan.

2. Menghindari alkohol

Pengambilan alkohol dapat memberi kesan kepada kognitif manusia dan ia bukan penyelesaian sekiranya berada dalam keadaan tertekan tetapi boleh memburukkan keadaan.

Senaman

3. Senaman

Senaman yang teratur memiliki hubungan kuat dengan pencegahan masalah kognitif dan kita disarankan untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain