MARAH adalah salah satu bentuk luahan emosi ketika seseorang memberi reaksi terhadap situasi yang tidak menyenangkan. Namun, sikap mudah marah boleh menjadi masalah apabila seseorang gagal mengendali atau mengawal rasa amarah dalam diri. ARTIKEL BERKAITAN: Kenali penyakit jarang jumpa ‘Angiosarcoma’, kanser agresif yang boleh membawa maut Apabila seseorang sedang marah, mereka akan memberi respons terhadap situasi negatif sebelum badan akan melepaskan hormon adrenalin. Selain rasa putus asa, depresi juga boleh menyebabkan seseorang mudah marah. Setelah itu, otot-otot tubuh akan menjadi menegang, degupan jantung meningkat dan tekanan darah melonjak. Keadaan ini membuatkan bahagian wajah dan telapak tangan terlihat lebih merah.Ada banyak cara mengekspresikan rasa marah, antaranya; mendiamkan diri, menjerit, menghempas barang malah ada yang sampai ingin melakukan kekasaran terhadap orang lain. Sebenarnya faktor fizikal dan mental juga boleh menjadi penyebab seseorang mudah berasa marah, antara lainnya; 1. Kurang tidur; masalah ini dapat membuatkan seseorang sukar mengawal emosi. 2. Gangguan kecemasan (anxiety); masalah mental ini boleh membuatkan seseorang mudah marah yang meluap-luap tanpa sebab yang jelas. Kurang tidur boleh menjejaskan kesihatan emosi. 3. Kemurungan; mudah marah boleh disebabkan gejala gangguan obsesif kompulsif ataupun attention deficit hyperactivity disorder (ADHD). 4. Oppositional defiant disorder; gangguan perilaku yang kerap menyerang kanak-kanak ini boleh menyebabkan mereka suka memberontak, membantah, dan mudah marah. 5. Gangguan bipolar; masalah kesihatan mental ini dikesan dengan mudah marah, agresif dan suasana hati mudah berubah dalam waktu singkat. Kurang tidur akan membuatkan tubuh anda gagal mendapatkan tenaga yang cukup untuk mengawal stres terbabit. 6. Gangguan eksplosif intermiten; penderita gangguan ini cenderung mudah marah, agresif, menyerang secara fizikal, dan melakukan kekerasan. 7. Borderline personality disorder; gangguan kepribadian ambang ini membuat penderitanya mudah marah ketika berasa diabaikan. 8. Gangguan dysphoric pramenstruasi; mudah marah dan perubahan suasana hati ekstrem juga dapat muncul ketika wanita merasakan perubahan hormon menjelang haid. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI