suria

Doktor jelaskan mengapa bahaya letak tuala lembab di dahi, kepala anak ketika demam

Dr. Mansor Ramli berkongsi tip menjaga anak ketika demam.

SETIAP kali anak demam tindakan pertama yang dilakukan ibu bapa adalah dengan meletakkan tuala lembab di atas dahi yang kononya dapat menyerap haba panas dan menurunkan suhu badan.

Namun Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Mansor Ramli mendedahkan perbuatan itu sebenarnya dapat memburukkan lagi keadaan selain mengundang risiko terkena sawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin ramai dijangkiti semula Covid-19, lakukan 6 perkara ini bagi mengurangkan risikonya

Jelas Dr Mansor, tindakan menekap tuala ke dahi kanak-kanak sebenarnya akan menghalang haba daripada keluar dan apabila suhu badan semakin meningkat ia boleh menyebabkan kanak-kanak terkena serangan sawan.

Fever

Penggunaan tuala lembap akan memerangkap haba.

"Bayangkan periuk nasi, haba di bahagian bawahnya akan terus terperangkap dan panas itu tidak dapat dilepaskan dan apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik," katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Dr Mansor turut memberitahu kebiasaannya kaedah tersebut tidak bertahan lama dalam mengurangkan suhu panas kanak-kanak selain sering ditepis kerana berasa kurang selesa.

Kongsinya lagi, kaedah paling berkesan untuk mengurangkan panas badan adalah dengan menyapu air secara terus ke bahagian kepala, leher dan ketiak menggunakan tangan.

Kaedah itu sebaik-baiknya diulang setiap lima minit namun perlu mengelak menyapu air ke bahagian tangan dan kaki untuk mengelak kanak-kanak menggigil dan meningkatkan kembali suhu badan mereka.

Sementara itu, Dr Mansor berkata, ibu bapa juga dinasihatkan untuk tidak terus memandikan anak-anak mereka selepas makan ubat sebaliknya perlu menunggu dua jam sebelum dimandikan.

Ini kerana katanya, suhu badan boleh turun secara mendadak dan boleh meningkat lebih tinggi selepas dimandikan.

"Selepas beri makan ubat makan atau punggung, biarkan terlebih dahulu dan jangan terus mandikan. Tunggu dua jam baru mandikan," katanya.

@klinikttdi_sgbesi Reply to @nur_zara59 tips by @drman.ttdi #klinikttdisgbesi #fyp #fypシ #hidupsihatpilihankita #lakefieldsgbesi ♬ original sound - KLINIKTTDI_SGBESI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain