suria

Keputusan tetap positif walau dah sembuh, petugas makmal perjelas kenapa tak perlu buat ujian PCR selepas 2 bulan dijangkiti Covid-19

Petugas makmal ini menerangkan secara analogi mengenai ujian PCR selepas seseorang positif Covid-19.

KES Covid-19 kian melonjak sekali gus menunjukkan angka mangsa yang positif kembali mencecah puluhan ribu.

Bagi mereka bergejala atau ragu-ragu sama ada dijangkiti Covid-19 atau tidak, anda mungkin boleh mengetahuinya melalui ujian RT-PCR (Reverse transcription polymerase chain reaction) atau RTK-Antigen.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia belum pun 4 tahun tapi dah 3 kali kena Covid-19... ibu muda kesal percutian ke Melaka bawa musibah, doa penyakit 'pindah' kepadanya

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin ramai dijangkiti semula Covid-19, lakukan 6 perkara ini bagi mengurangkan risikonya

Sebaik sahaja disahkan bahawa anda memang dijangkiti virus itu, langkah seterusnya ialah kuarantin kendiri.

Namun, kajian menunjukkan setelah beberapa hari atau minggu dijangkiti, kebarangkalian untuk anda mendapat virus itu adalah kecil dan risiko menyebarkan wabak itu kepada orang lain juga berkurangan.

Ujian PCR dilakukan untuk menguji jika individu tersebut memiliki jangkitan Covid-19.

Ujian PCR dilakukan untuk menguji jika individu mendapat jangkitan Covid-19.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kes di mana apabila dilakukan ujian RT-PCR, ia masih akan menyatakan bahawa anda positif.

Seorang petugas makmal dalam sektor perubatan dan content creator di TikTok, Pak Cik Bakar Baharom berkongsi video mengenai perkara itu.

“Selepas kita sudah positif Covid-19, tak perlu lagi buat PCR. Saya nak terangkan lagi sekali, jangan buat ujian tu selepas dua bulan.

“Tapi untuk bagi anda faham, saya kena terangkan asas kepada PCR terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda, semasa proses swab test, bukan seketul virus yang dikeluarkan daripada dalam hidung atau mulut.

“Kita buat ujian ini hanyalah untuk kesan genetik atau material yang lebih dikenali sebagai RNA (ribonucleic acid) bermaksud kita boleh semak kehadiran melalui ujian ini,” jelasnya yang menggelarkan dirinya Mat Noor.



Mat Noor menjelaskan mengenai PCR melalui rakaman video yang dimuat naik di media sosial.

Dia seterusnya memberikan penjelasan sebab-sebabnya secara analogi supaya lebih mudah difahami khalayak.

Dia meletakkan dirinya sebagai Covid-19 yang memasuki sebuah bilik yang merupakan tubuh manusia yang dijangkiti virus tersebut.

Namun, jika individu yang dijangkiti melakukan ujian menggunakan alatan calitan (swab), hanya sebahagian virus saja yang terkena pada alatan tersebut menyebabkan hasil ujian tetap positif.

"Jika seseorang melakukan ujian DNA di dalam bilik tempat saya duduk, mereka akan menemui DNA saya. Apabila saya akhirnya meninggalkan bilik, masih ada kesan di dalam bilik jadi jika mereka melakukan ujian DNA, keputusannya akan tetap sama iaitu positif.

“Tetapi ini tidak bermakna saya sebagai virus ini masih berada di dalam bilik. Itulah sebabnya kita tidak perlu melakukan ujian PCR lagi jika sudah positif, kerana keputusan akan tetap sama,” jelasnya.

pcr corona

Ilustrasi ujian PCR virus korona yang dilakukan di sebuah makmal.

Sesetengah orang kemudian memilih untuk menjalani ujian selang beberapa hari hanya untuk memeriksa keadaan diri masing-masing.

Jelas Mat Noor, keputusan ujian yang dibuat selama dua bulan tersebut akan tetap sama kerana terdapat lagi lebihan DNA atau kesan virus daripada jangkitan lepas.

“Selepas dua minggu, saya dah tak ada dalam bilik tu. Tapi saya masih tinggalkan rambut, sel-sel kulit dan DNA pada bilik tersebut.

“Jadi kalau anda tetap lakukan ujian, hasil keputusan akan masih ditulis sebagai “detected” walaupun virus tersebut sudah tiada,” tambahnya lagi.

pcr test

Seorang lelaki sedang melakukan ujian PCR dan RTK.

Videonya yang tular dengan kapsyen ‘Kenapa jangan buat PCR banyak kali lepas recently positif! Jangan’ telah meraih lebih 1.5 juta jumlah tontonan.

Jadi jangan risau! Jika anda dijangkiti virus Covid-19, apabila virus tidak lagi aktif, anda hanya perlu terus mengamalkan SOP dan anda boleh meneruskan kehidupan seharian anda seperti biasa!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain