suria

Tak susah dapatkan kehidupan berkualiti, 6 cara mudah ini mampu jadikan diri anda sihat dan bahagia

Menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia pasti menjadi impian dan matlamat hampir semua orang. - Gambar Instagram @kwon218

MENJALANI kehidupan yang sihat dan bahagia pastinya menjadi impian dan matlamat semua orang dan kehidupan yang diingini ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar untuk diperoleh.

Bagaimanapun untuk mendapat kedua-duanya ia perlu diiringi dengan usaha, tanpa mengetepikan masalah selain menangani tekanan hidup secara terkawal.

ARTIKEL BERKAITAN: Perit kehilangan sahabat sejati... usahawan ini berkelana gali ilmu, mahu bantu proses penuaan lebih baik!

Walaupun adakalanya kehidupan yang diingini kadangkala dirasakan sukar untuk dikecapi, namun beberapa cara mudah yang disenaraikan di bawah mungkin berkesan untuk mengubah persekitaran seseorang itu ke arah mendapatkan kehidupan berkualiti dan lebih baik.

1. Tidur yang cukup

Tidur yang mencukupi sememangnya akan menjamin kualiti kesihatan anda, dari segi kawalan berat badan, imuniti, serta perubahan mood.

Seperti yang dilaporkan oleh Huffpost, menetapkan waktu tidur setiap malam adalah cara terbaik untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

2. Kurangkan pengambilan gula

Apabila seseorang itu mengambil gula secara berlebihan dan tanpa dikawal, ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh.

Setiap individu disarankan mengambil gula dalam jumlah gula yang kecil sahaja, sebagai contoh, kurangkan gula dalam secawan kopi pagi atau amalkan minum air kosong.

3. Lakukan sukan yang digemari

Bersenam adalah perkara penting yang mesti dilakukan untuk mengekalkan kecergasan badan selain mengaktifkan otot dan urat saraf dalam badan.

Akan tetapi memilih jenis senaman disukai adalah lebih penting kerana ia akan mempengaruhi mood seseorang, supaya setiap kali bersenam anda melakukannya dengan lebih gembira.

4. Berhenti bimbang

Secara teorinya, kebimbangan hanya muncul di kepala anda, namun senario terburuk selalunya berlaku apabila anda tidak dapat mengawal tahap tekanan sehingga menzahirkan apa yang ada di fikiran.

Sebaliknya, cuba yakinkan diri untuk percaya bahawa anda akan dapat melepasi semua rintangan dan halangan yang merisaukan diri sejak sekian lama.

5. Luangkan masa bersama orang tersayang

Terdapat pelbagai kajian yang mengatakan kesepian boleh meningkatkan kemurungan seterusnya mengakibatkan pelbagai penyakit pada diri seseorang.

Oleh itu pastikan anda berinteraksi sekurang-kurangnya dengan seorang individu setiap hari terutamanya keluarga dan orang tersayang, di samping dapat mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

6. Perhatikan penampilan

Penampilan yang selesa dan menarik akan membuatkan anda berasa lebih baik, tenang, malah akan mendapat keyakinan diri secara tiba-tiba.

Ini kerana, penampilan boleh mempengaruhi mood seseorang ke arah lebih baik, dengan cara menukar gaya rambut dan bertukar-tukar fesyen pakaian setiap hari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain