suria

Sakit tekak waktu pagi walau tak alami selesema... ini 4 puncanya

Sakit tekak kadangkala bukan sakit biasa yang kemungkinan mempunyai gejala sampingan lain.

BANGUN pagi dengan tekak sakit secara tiba-tiba bukanlah perkara yang menyenangkan. Ketika itu, anda tidak berasa seperti alami selsema atau penyakit lain, tetapi sakit tekak muncul secara tiba-tiba.

Seperti yang dilaporkan The Health Board, sakit tekak bukan hanya berlaku apabila anda mengalami selsema atau batuk, keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan perkara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor jelaskan mengapa bahaya letak tuala lembab di dahi, kepala anak ketika demam

Antaranya apabila udara di persekitaran rumah terlalu kering, atau jika di kawasan berdekatan anda ada orang yang merokok juga boleh menjadi punca sakit tekak pada waktu pagi.

Dalam pada itu, apabila bangun dari tidur dan anda mengalami sakit tekak, ia tidak semestinya kesan sampingan daripada gejala selsema atau batuk.

1. Alahan

Walaupun gatal dan bersin mungkin merupakan gejala pertama yang anda fikirkan, namun alahan bermusim juga boleh menyebabkan tekak anda sakit dan gatal.

Menurut LiveStrong, debunga, habuk, atau bulu boleh mencetuskan keradangan pada saluran pernafasan dan menyebabkan ketidakselesaan tekak.

2. Udara sejuk dan kering

Keadaan yang sangat sejuk atau kering boleh menyebabkan badan meningkatkan pengeluaran lendir dalam usaha mengekalkan saluran udara yang lembap.

Apabila lendir tambahan itu mula meresap, ia boleh menimbulkan perasaan tidak selesa yang menyebabkan kerongkong kesat.

3. Kecederaan pita suara

Karaoke terlalu lama dan menjerit terlalu banyak boleh meregangkan pita suara, malah menyebabkan tekak bengkak sementara.

Akibatnya, suara anda bertukar serak dan tekak berasa sakit.

4. Penyakit serius

Walaupun jarang berlaku, sakit tekak boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang serius seperti kanser dan HIV.

Biasanya masalah ini disertai dengan simptom lain seperti sukar menelan, berasa ada ketulan di leher, lendir atau kahak yang berdarah atau gejala seperti selsema yang lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain