suria

Ibu bapa usah stres melampau! Degil antara 4 petanda anak anda seorang yang pintar

Anak yang pintar ada ciri-ciri tertentu boleh dikenal pasti.

ANAK yang pintar dan cerdas tentunya menjadi impian setiap ibu bapa agar mereka dapat membesar dengan sihat, cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan.

Sudah tentu didikan ibu bapa serta pendidikan sejak awal memainkan peranan penting dalam membentuk minat mereka terhadap pelbagai perkara.

ARTIKEL BERKAITAN: Madu untuk kanak-kanak... ketahui 4 manfaatnya yang perlu anda tahu

Bagaimanapun ada pula kanak-kanak yang memaparkan sifat unik dan tingkah laku luar biasa sehingga membuatkan ibu bapa berasa bimbang dengan perkembangan mereka seperti tidak aktif, suka menyendiri selain tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran.

Namun siapa sangka, tanpa kita sedari, ada beberapa tabiat dan tingkah laku luar biasa ditunjukkan oleh kanak-kanak ini sebenarnya adalah petanda bahawa mereka adalah bayi yang bijak.

Ciri-ciri bayi dan kanak-kanak yang cerdas dapat dilihat dengan mudah melalui aktiviti sehariannya di rumah. Ini termasuklah;

ciri-bayi-cerdas-salah-satunya-suka-menyendirifoto-pexelscomkha-ruxury

1. Suka menyendiri

Jangan bimbang sekiranya anak anda suka menyendiri kerana itu boleh menjadi petanda bawah mereka seorang yang bijak. Biasanya, kanak-kanak dengan kecerdasan tinggi lebih cenderung tidak suka dikelilingi oleh ramai orang selain suka berkawan dengan orang lebih tua.

Ini kerana si kecil ingin mendapatkan pemahaman emosi dan intelektual yang lebih tinggi tentang hal-hal di sekitar mereka. Kanak-kanak yang berbakat juga lebih senang menghabiskan waktu sendiri untuk bermain dan biasanya lebih tertarik dengan permainan yang mengasah otaknya seperti puzzle.

2. Degil

Jika anak anda seorang yang degil dan mempunyai cita-cita tinggi, ia boleh jadi petanda dia mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Akan tetapi, keadaan ini tidak boleh dibiarkan sepenuhnya dan perlu diperhatikan agar ia tidak bertukar menjadi perkara buruk sehingga tidak boleh ditegur tentang kesilapan dilakukan.

cenderung-keras-kepala-begini-ciri-ciri-bayi-dengan-kecerdasan-tinggifoto-pexelscomvanessa-loring

3. Fokus

Kanak-kanak normal biasanya tidak mampu memberi fokus terhadap sesuatu perkara dalam tempoh lama dan mudah terganggu dengan suara atau gerakan di sekelilingnya.

Berbeza dengan kanak-kanak pintar, mereka mampu fokus untuk waktu lebih lama.

4. Susah tidur

Anak-anak yang susah tidur memang menjadi kebimbangan ibu bapa kerana ia adalah penting untuk pertumbuhan kognitif dan fizikal mereka. Namun perkara ini tidak berlaku bagi kanak-kanak dengan kecerdasan tinggi.

Kanak-kanak yang cerdas memiliki tenaga lebih tinggi berbanding dengan rakan sebayanya. Bayi dengan otak yang bergerak cepat memerlukan banyak masa untuk 'mematikan' otak mereka. Atas sebab itu mereka sukar bertenang dan tidur lebih lambat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain