suria

Mahu bangkitkan mood dalam masa 30 saat? Anda boleh cuba 5 cara ini

Mendengar muzik antara punca mood seseorang kembali.

TEKANAN dan mood yang secara semula jadinya turun dan naik akan memerlukan begitu banyak tenaga, lebih-lebih lagi ketika musim pandemik yang melanda dunia sejak 2020.

Kemunculan varian Omicron jelas membuatkan penduduk menghadapi kesukaran hidup dan tekanan yang tinggi, malah sesetengah orang perlu memikirkan semula tentang rancangan percutian mereka atau menangguhkan sesuatu yang sudah lama dirancang.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda kerap letih sepanjang hari? Mungkin ini 5 puncanya yang perlu dielakkan

Mood yang turun harus ditangani segera agar tidak merosakkan hari seseorang dan pelbagai kajian membuktikan mood seseorang yang turun secara drastik boleh dibangkitkan semula.

1. Senyum

Mungkin anda sering memerlukan alasan untuk tersenyum, seperti senyum apabila menerima mesej daripada orang yang disukai.

Atau senyum terima kasih kepada tugas yang diselesaikan tepat pada masanya atau sebab lain yang baik.

Senyuman boleh membuat anda gembira dan meningkatkan mood apabila saraf dan otak diaktifkan untuk meningkatkan hormon gembira.

2. Teguk secawan kopi

Dipetik daripada Self, kandungan kafein boleh memberi kesan positif pada mood seseorang.

Aroma kopi boleh membangkitkan ghairah dan juga menaikkan mood, lebih-lebih lagi apabila anda menghirup kopi yang masih hangat.

Tetapi berhati-hati, tidak semua orang mempunyai toleransi yang baik untuk kafein dalam kopi, Jika tahap kafein yang diperlukan anda rendah, gantikan kopi dengan teh.

3. Berjemur di bawah sinar matahari

Demi mood yang lebih baik dalam masa yang singkat, keluar sahaja dari bilik dan biarkan matahari menyinari badan.

Menurut Eating Well, pendedahan kepada matahari boleh meningkatkan pengeluaran serotonin dan vitamin D yang baik untuk badan.

Malah dikatakan kedua-duanya mampu membuat mood seseorang itu bertambah baik.

4. Mainkan muzik

Apakah lagu yang menaikkan mood dengan serta merta? Muzik boleh membuat orang 'terganggu', tersenyum, merenung, marah serta sensasi lain.

Biasanya muzik dengan tempo sederhana hingga pantas boleh menaikkan mood seseorang yang sedang dalam tekanan.

Anda tidak perlu bersusah payah mencarinya kerana perkhidmatan penstriman muzik biasanya memberikan cadangan senarai lagu mengikut mood yang diinginkan.

5. Berjalan atau bersiar-siar

Bekerja di hadapan komputer atau duduk dalam posisi yang sama selama berjam-jam membuatkan badan perlahan-lahan kaku.

Malah, rasa bosan akan mula timbul dan mood semakin menurun sehingga mencapai tekanan atau rasa mengantuk dan malas melakukan kerja.

Jangan bimbang, penyelesaiannya adalah bangun dari tempat duduk anda dan kemudian berjalan, keluar bilik, masuk dapur, masuk halaman rumah. Yang paling penting tukar pemandangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain