suria

Perit kehilangan sahabat sejati... usahawan ini berkelana gali ilmu, mahu bantu proses penuaan lebih baik!

Pengarah Urusan Vii Nutrition Sdn Bhd, Lee Bin Hao.

KEHADIRAN seorang sahabat yang sangat dipercayai dan sentiasa bersama kita dalam saat suka atau duka adalah satu kurniaan dalam kehidupan.

Bagi Pengarah Urusan Vii Nutrition Sdn Bhd, Lee Bin Hao, kehilangan rakan baik yang bukan sahaja dianggap sebagai sahabat sejati malah mentor dalam dunia perniagaan telah membuatkan dirinya berasa hilang tempat bergantung.

ARTIKEL BERKAITAN: MMA yakin... langkah kerajaan tambah jawatan tetap mampu selesaikan isu doktor kontrak!

Kehilangan sahabatnya itu akibat masalah kesihatan benar-benar memberi kesan mendalam kepada Lee apatah lagi memikirkan mendiang rakannya itu meninggalkan anak-anak yang masih kecil.

"Di peringkat awal penglibatan saya dalam dunia perniagaan, rakan baik saya ini banyak membantu malah bertindak sebagai mentor dan kami menjalankan pelbagai urusan perniagaan bersama-sama.

"Kehilangannya cukup memberi kesan mendalam pada diri saya apatah lagi apabila saya mengenangkan anak-anaknya yang masih kecil," katanya.

Pemergian sahabat baiknya itu turut menyedarkan Lee bahawa kejayaan dan kekayaan tidak membawa erti jika kesihatan terjejas.

2

Lee bersama salah seorang ahli panel penyelidik BBRC-UPM, Dr Fadzlie Wong Faizal Wong.

Dalam pada itu, Lee memberitahu selepas kematian rakannya itu, dia mengambil keputusan untuk berkelana di dalam dan luar negara demi mendalami ilmu tentang penjagaan kesihatan yang dapat membantu proses penuaan dengan lebih baik dan sihat.

Pencarian itu katanya, telah membawa kepada ilmu mengenai TetraSOD® dan penemuan tersebut merupakan titik tolak penubuhan Vii Nutrition.

"Secara khususnya, TetraSOD® terbukti secara klinikal berkesan dalam membalikkan proses biologi manusia, sekaligus mengembalikan keadaan semula jadi badan dan mengurangkan kesan penuaan serta kesan sampingan kesihatan lain," jelasnya.

Memasang matlamat dengan mantra, "Kesihatan melalui suplemen berkualiti", slogan ini menurut Lee dijadikan titik permulaannya dalam mengorak langkah dalam bidang kesihatan.

Malah slogan itu juga untuk membolehkan Lee memahami tentang soal penuaan dan bagaimana ia boleh dikawal dan peranan yang boleh dimainkan dengan penemuan TetraSOD® tersebut.

Sementara itu, Lee menjelaskan TetraSOD® yang berasaskan alga atau tumbuhan laut merupakan bahan utama dalam produk Vii Nutrition yang telah mendapat pengiktirafan daripada Kesatuan Eropah (EC).

3

Lee dan rakan-rakan menyampaikan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Di bawah kepimpinan Lee, syarikat ini ditadbir dengan baik selain bekerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk mempromosikan penjagaan kesihatan kepada orang ramai.

"Projek ini juga turut mendapat sentuhan kepakaran tempatan dimana kajian berterusan dijalankan bersama penyelidik di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pusat Kajian Bioproses dan Biopembuatan (BRCC) yang akhirnya menghasilkan TetraSOD® Microalgae+ (MA+) pertama di Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan sama, Lee memberitahu maklum balas pelanggan dan kajian berterusan yang dilakukan menjadi penanda aras kepada kejayaan produk tersebut.

Ini kerana Vii Nutrition membangunkan produk berdasarkan dua faktor tersebut untuk memastikan produk keluarannya kekal relevan terhadap pasaran dan terus mendapat permintaan pelanggan, sekaligus mengukuhkan tapak dalam industri kesihatan terhadap penuaan.

Sebagai usahawan generasi kini, Lee tidak lokek dalam berkongsi pengalaman dan aspirasi perniagaan bersama rakan-rakan kongsi di Vii Nutrition untuk turut sama berjaya.

Malah dalam usaha membalas jasa masyarakat yang menjadi tulang belakang kejayaan Vii Nutrition, syarikat tersebut turut memainkan peranan aktif dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terutamanya ketika pandemik Covid-19.

Lee bersama-sama tenaga kerjanya telah turun padang dalam membantu rakyat yang terkesan dari segi ekonomi dan sosial ekoran pelbagai sekatan dan langkah berjaga-jaga yang diambil kerajaan untuk membendung penularan wabak berkenaan.

"Setiap individu di Vii Nutrition memainkan watak penting dalam pencapaian syarikat. Saya tidak kisah membuat pelaburan untuk individu yang berbakat demi membuka ruang untuk eksplorasi masa hadapan yang menjanjikan kejayaan berterusan hasil usaha yang dipertaruhkan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain