ADA masa-masanya mood kita pasti akan tiba-tiba berubah daripada seorang yang ceria kepada mudah sensitif dan cepat marah tanpa sebarang sebab tertentu. Tapi pernahkah anda terfikir perkara itu berlaku disebabkan oleh faktor pemakanan? Ya, terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan seseorang mudah bad mood.ARTIKEL BERKAITAN: Minum air sejuk beri kesan buruk pada kesihatan, mitos atau fakta? Makanan atau minuman kegemaran sebenarnya tidak hanya membuat seseorang gembira. Pakar psikiatri, Dr Taylor Edwards memberitahu pola pemakanan dan mood manusia saling berkaitan selain ia bergantung kepada cara dan tabiat seseorang. Berikut adalah lima jenis makanan dan minuman yang boleh mengganggu mood seseorang. 1. Minuman dengan pemanis tambahan Kurangkan atau elakkan minum minuman dengan pemanis tambahan seperti soda, jus kotak, minuman bertenaga dan air berkarbonat. Pemanis tambahan di dalam minuman berkenaan boleh membuatkan glukosa dalam darah seseorang melonjak dan turun dengan drastik yang membuatkan seseorang berasa cepat lesu dan mudah marah. 2. Kacang masin Kekacang memang disarankan dalam diet seharian namun sebaik-baiknya hindari kacang masin. Ini kerana ia mengandungi natrium dalam jumlah yang tinggi dan perasa sehingga boleh membuatkan seseorang mudah tertekan, lesu dan sakit kepala. 3. Kek dan manisan Biskut, kek, mufin dan sebagainya memang sedap dan mengiurkan. Akan tetapi, kandungan gula dan lemak tepu yang tinggi boleh membuatkan seseorang berasa lebih cepat lesu, tertekan dan menggangu emosi seseorang. 4. Marjerin Marjerin mengandungi lemak tepu yang tinggi dan sangat berbeza berbanding lemak yang terdapat dalam produk seperti minyak zaitun, mentega dan sebagainya. Pengambilan marjerin dengan kerap boleh mengakibatkan ketidakseimbangan gula dalam darah yang membolehkan memicu mood swing dan kenaikan berat badan secara mendadak. 5. Kopi Kopi sering disebut sebagai pedang dua mata kerana jika pengambilannya secara sederhana, ia mampu memberi kesan baik kepada kesihatan dan sebaliknya. Kafein yang diambil secara berlebihan boleh mempengaruhi mood kerana ia akan menghasilkan kortisol iaitu hormon tekanan. Benar apabila minum kopi seseorang berasa lebih bertenaga dan tidak mengantuk tetapi apabila kesannya mula berkurangan, seseorang lebih mudah berasa lesu, tidak bertenaga sama ada secara fizikal dan mental. Apabila itu berlaku, ia turut memicu gangguan lain seperti mood swing, tekanan dan sebagainya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI