BEBERAPA hari tidak buang air besar walaupun sudah mencuba boleh membuatkan perut berasa tidak selesa seperti kembung atau sebu. Sebenarnya terdapat ubat yang boleh diambil bagi merangsang rasa hendak membuang air besar iaitu laksatif atau julap yang berfungsi meningkatkan kekerapan dan memudahkan 'panggilan alam'.ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke tidur telanjang mampu tingkat kesuburan lelaki, lebih cepat terlelap?... tapi kalau anda sleepwalker hati-hati ye! Akan tetapi, sebaik-baiknya cuba terlebih dahulu cara semula jadi tanpa bantuan ubat untuk memicu rasa sakit perut dan 'membuang'. 1. Kopi panas Percaya atau tidak, kopi panas dapat membantu menggerakkan pencernaan pada waktu pagi. Kandungan kafein pula mampu merangsang motiliti usus besar. 2. Buah kiwi Buah kiwi kaya dengan kandungan serat malah dalam satu kajian pada 2019 menyebut, buah itu mampu melancarkan sistem penghadaman manusia. Dalam kata lain, ia boleh berfungsi sebagai julap semula jadi. 3. Minum air yang cukup Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari iaitu lapan gelas bagi membantu usus dapat berfungsi dengan normal. Jika anda mengalami sembelit, segelas air mampu memicu pergerakan usus. 4. Senaman Tidak perlu berasa hairan jika sedang bersenam anda tiba-tiba sakit perut. Ini kerana aktiviti senaman seperti mendaki bukit, berjalan kaki atau joging meningkatkan metabolisme yang menyebabkan peningkatan gerakan usus. Jadi sekiranya anda sukar membuang air besar, apa kata lakukan senaman ringan bagi merangsang usus! 5. Urut perut Lakukan urutan pada perut bagi memicu rasa sakit perut dan buang air besar kerana ia mampu membantu pergerakan usus anda. Urutan boleh dimulakan dengan menekan bahagian bawah kanan perut, lalu naik ke arah tulang rusuk dan melintasi perut serta di bawah tulang rusuk sebelah kiri yang merupakan titik najis dikosongkan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI