suria

5 buah-buahan mudah didapati ini cukup baik dimakan bagi meredakan demam

Demam boleh membuatkan seseorang berasa lemah dan tidak mempunyai selera makan.

TAHUKAH anda terdapat beberapa jenis buah-buahan yang dapat membantu menurunkan suhu badan ketika demam?

Buah-buahan ini biasanya memiliki kandungan air yang tinggi selain nutrisi dalam membantu memperkuatkan sistem ketahanan tubuh ketika seseorang mengalami demam.

ARTIKEL BEKRAITAN: Ketahui punca pening dan cara hilangkan kesakitannya... makan cili salah satu kaedah anda boleh cuba

Seperti diketahui, demam adalah keadaan di mana suhu badan seseorang lebih daripada 37 darjah celcius dan keadaan ini biasanya berlaku sebagai tanda atau gejala sesuatu penyakit atau jangkitan.

Ketika sedang demam, pesakit biasanya akan kehilangan nafsu makan dan ia adalah perkara biasa kerana mulut akan menjadi pahit dan pada masa itu buah-buahan sentiasa menjadi pilihan.

Sebaik-baiknya, pilihlah buah yang memiliki kandungan air setidak-tidaknya 80 peratus dan mengandungi vitamin C yang baik untuk meningkatkan daya tahan tubuh.

Berikut adalah buah-buahan yang baik dimakan ketika demam.

Tembikai

1. Tembikai

Tembikai termasuk sebagai buah-buahan yang kaya dengan kandungan air iaitu sebanyak 92 peratus. Selain dapat membantu menambah pengambilan cecair ketika demam, buah ini juga mengandungi antioksidan.

Antioksidan dapat membantu melawan penyakit, mengurangkan keradangan dan mencegah jangkitan kuman.

Mango

2. Mangga

Tubuh akan membakar kalori lebih banyak ketika seseorang itu demam dan untuk itu, seseorang disarankan makan lebih banyak kalori ketika suhu badan meningkat meskipun nafsu makan sedang merosot.

Mangga kaya dengan kalori, vitamin C dan serat yang mudah dicerna. Pun begitu, perlu diingat, jangan pilih mangga yang manis atau terlalu masam agar tidak mengalami sakit perut.

Air Kelapa

3. Air kelapa

Air kelapa dapat membantu menurunkan suhu demam tanpa pengambilan sebarang ubat-ubatan malah ia membantu menormalkan suhu tubuh, mengelakkan jangkitan selain memberi nutrisi kepada tubuh.

Berbeza dengan air putih, air kelapa kaya dengan potasium yang diperlukan tubuh dan saraf untuk menstabilkan degupan jantung. Ia juga membantu mengisi kembali cecair dan elektrolit penting yang keluar dari tubuh melalui peluh atau ketika buang air.

Paling penting pilih air kelapa yang segar tanpa sebarang gula atau perasa tambahan.

Pisang New

4. Pisang

Meskipun tidak banyak mengandungi cecair seperti buah-buahan lain, pisang dapat dimakan ketika demam kerana ia mudah dicerna. Tidak hanya itu, pisang juga kaya dengan vitamin dan mineral yang dapat membantu meredakan tekanan, menjaga tulang tetap kuat dan nutrisi.

Oren

5. Limau

Kajian menunjukkan, buah yang kaya dengan vitamin C seperti limau dapat membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh manusia. Selain kaya dengan kandungan vitamin C, ia juga mengandungi cecair yang baik sebagai pereda demam.

Selain limau, antara buah-buahan lain yang kaya dengan vitamin C termasuklah kiwi atau strawberi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain