suria

Masihkah ada cinta? Ini 4 alasan kenapa sudah berpisah tapi si dia masih tak mahu lepaskan

Ada beberapa sebab mengapa bekas kekasih masih ingin mendekati anda.

DIA yang minta putus, tapi masih nak berhubung! Ini mungkin masalah biasa yang dihadapi seseorang apabila sering didekati oleh mantan kekasih sehingga membuatkan perasaan sendiri keliru.

Tindakan si dia yang enggan menjauh meskipun sudah berpisah boleh membuatkan seseorang itu salah faham dan mungkin tidak boleh move on daripada bekas kekasih.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka tidur dengan televisyen terpasang? Hati-hati ada risiko dan bahaya menanti anda

Kehadiran bekas kekasih sebenarnya boleh menyebabkan pelbagai masalah lain dan sebenarnya terdapat beberapa alasan mengapa si dia berbuat demikian dan bukannya untuk menawan kembali hati anda!

media_9c58499b28e268cc9420299c524056d8

1. Sepi

Bersendirian selepas mengakhiri sesebuah hubungan yang terbina untuk tempoh panjang bukan perkara mudah. Keadaan ini boleh membuatkan seseorang ingin terus berada dalam hidup bekas kekasihnya untuk tidak membuatkan dirinya berasa sepi.

Bagi mengelakkan masalah lain timbul terutamanya apabila diri sendiri sudah meneruskan hidup, batas perlu diwujudkan di antara diri anda dan bekas kekasih.

2. Insecure

Seseorang yang berasa insecure atau tidak yakin dengan diri sendiri lebih cenderung membuat keputusan yang salah dan merugikan diri sendiri.

Dalam satu sisi, seseorang tidak lagi ingin menjalinkan hubungan tetapi di dalam dirinya berasa bimbang dan cemas sama ada keputusan yang dibuat tepat atau pun tidak.

Akhirnya seseorang itu kembali mencari bekas kekasihnya untuk mendapatkan pegangan namun bukannya untuk kembali menyatukan cinta yang pernah hadir dalam diri.

5fb395ae8323f

3. Terbiasa bersama

Apabila sudah terlalu lama bercinta atau berkahwin akan wujud perasaan selesa terhadap pasangan dan apabila berpisah kebiasaan itu sudah menjadi kosong dan mungkin sukar untuk berubah atau membiasakan diri.

Apabila mantan kekasih datang mendekati, percayalah itu kerana dia sudah terbiasa dengan diri anda.

4. Selesa

Ramai yang tidak mahu meneruskan sesuatu hubungan tetapi enggan melepaskan si dia. Ia disebabkan seseorang itu sudah terbiasa dan selesa bersama bekas kekasihnya.

Bagaimanapun situasi ini bahaya kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan mungkin bekas pasangan berharap hubungan itu dapat kembali terjalin seperti sebelumnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain