suria

Kaum wanita sila ambil perhatian... Ketahui 6 jenis darah haid yang boleh jelaskan situasi kesihatan anda!

Perubahan warna darah haid boleh menjadi pelbagai tanda kepada seorang wanita.

MENSTRUASI merupakan fasa yang biasa berlaku kepada wanita dan perkara ini merupakan 'acara' bulanan yang tidak dapat dipisahkan dengan golongan ini.

Ketika datang bulan, darah akan keluar daripada tubuh seorang wanita dan darah itu biasanya boleh berbeza-beza baik dalam kuantiti mahupun warnanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mitos atau fakta... buang air besar boleh kuruskan badan?

Keadaan dan warna darah haid ini juga sebenarnya boleh menjadi tanda kepada keadaan kesihatan seorang wanita.

Sebagai contoh, darah yang seakan-akan warna merah jambu boleh menjadi tanda mereka memiliki tahap estrogen yang rendah dan signal akan berlakunya masalah osteoporosis pada masa hadapan.

Berikut adalah beberapa jenis keadaan dan warna darah yang boleh berlaku ketika seorang wanita mengalami haid dan penjelasan di sebaliknya.

page2-rev2

1. Cokelat gelap

Warna cokelat atau merah gelap merupakan tanda bahawa terdapatnya darah yang terlalu lama berada di uterus. Ramai yang mengalami perkara ini tetapi tidak tahu punca mengapa ia berlaku.

2. Darah cair dan berair

Darah yang cair dan berair bererti seseorang itu kekurangan nutrisi dan paling membimbangkan, ia boleh jadi petanda kanser ovari.

page1-rev3

3. Darah kental

Keadaan darah haid yang kental dan berwarna merah gelap boleh menjadi tanda seorang wanita itu mengalami masalah progesteron rendah atau terlalu tinggi.

Perkara ini bukan masalah besar yang perlu dibimbangkan tetapi ia menunjukkan seseorang itu mengalami ketidakseimbangan hormon.

4. Campuran darah merah dan kelabu

Warna darah kemerah-merahan dan kelabu boleh menjadi tanda kehamilan. Selain itu, ia juga boleh menjadi tanda seorang wanita telah dijangkiti penyakit berkaitan seksual.

Namun jika bukan disebabkan kedua-dua perkara itu, ia boleh menjadi tanda seorang wanita itu mengalami keguguran.

cranberries-101-about-1440x810

5. Darah merah krenberi

Warna merah krenberi pada darah adalah tanda haid adalah normal dan keadaan kesihatan dalam keadaan baik.

page4-rev1

6. Darah keruh

Warna keruh seakan-akan campuran merah dan oren adalah tanda berlakunya jangkitan dan biasanya ia turut disertai dengan bau yang kurang menyenangkan dan sakit sepanjang haid.

Oleh sebab itu, penting bagi seorang wanita untuk mengetahui keadaan diri semasa datang bulan dan sebaik-baiknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan agar tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain