suria

Mitos atau fakta... buang air besar boleh kuruskan badan?

Membuang air besar boleh membantu seseorang menurunkan berat badan.

SETIAP hari manusia akan membuang air besar bagi mengeluarkan najis yang merupakan sisa makanan dan minuman yang terhasil ketika proses pencernaan selepas tubuh menyerap semua nutrisi yang terdapat padanya.

Biasanya, selepas seseorang membuang air besar, badan akan berasa lebih ringan selain perut tidak lagi kembung dan membuatkan tubuh menjadi lebih selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan berbau antara 5 kesan terlalu banyak makan daging merah

Secara teknikalnya, jika kita menimbang berat badan sebelum dan selepas membuang air besar, pasti akan terdapat perbezaan. Tetapi adakah membuang air besar akan menyebabkan penuruan berat badan dalam jangka panjang?

Sayangnya, tubuh manusia tidak bekerja seperti itu sebaliknya penurunan berat badan hanya terjadi apabila kita membakar lebih banyak kalori yang diambil menerusi makanan dan minuman.

Kajian menunjukkan, seorang individu yang sihat akan membuang air besar sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam namun tiada definisi jumlah najis yang normal.

ilustrasi-buang-air-besar-bab

Selepas membuang air besar badan akan jadi lebih ringan dan perut berasa lebih selesa.

Faktor lain yang berperanan dalam frekuensi dan berat najis meliputi diet, pengambilan serat, ukuran tubuh dan pengambilan air dalam tempoh itu. Di samping itu, jenis makanan yang kita ambil juga dapat mempengaruhi berat najis yang dikeluarkan.

Sebagai contoh, deit tinggi serat dapat mengeluarkan lebih banyak najis dan lebih kerap.

Golongan yang mengalami obesiti juga berisiko untuk mengalami pola membuang air besar yang tidak normal termasuk mengalami cirit birit yang turut mempengaruhi jumlah najis ketika membuang air besar.

Membakar kalori ketika buang air besar

Persoalannya sekarang, adakah kita boleh membakar kalori ketika membuang air besar? Secara teknikalnya, boleh. Ini kerana tubuh kita terus menerus membakar kalori untuk melakukan fungsi penting seperti bernafas, makan, mengawal suhu tubuh dan aktiviti lain seperti bersenam dan bekerja.

Ketika membuang air besar, tubuh akan membakar kalori ketika seseorang berada di tandas. Penyelidik percaya, seseorang akan membakar sekitar 50 kalori (per jam) ketika seseorang membuang air besar mahupun sedang tidur.

Bagaimanapun perkra itu bergantung kepada ukuran tubuh seseorang seperti individu dengan berat badan 77 kilogram dapat membakar sekitar 139 kalori sambil duduk selama satu jam.

Si-kecil-Tak-Rutin-Buang-Air-Besar--Makanan-Ini-Dipercaya-Bisa-Atasi-Sembelit-pada-Anak-master-969229168

Pengambilan makanan berserat boleh membantu melancarkan proses membuang air besar.

Ketika seseorang meneran semasa membuang air besar, ada kemungkinan tubuh akan membakar kalori lebih banyak. Namun perkara itu juga boleh membawa petanda seseorang mengalami sembelit.

Perlu juga diketahui bahawa jumlah berat badan yang hilang selepas membuang air besar itu berbeza-beza bagi setiap individu tetapi ia biasanya bukan perkara signifikan dan bersifat sementara.

Cara terbaik menurunkan berat badan adalah dengan tidak mengambil makanan atau minuman yang tinggi kalori agar tubuh lebih mudah membakarnya.

Ini termasuklah seseorang perlu mengatur tabiat pemakanan selain bersenam yang menjadi cara paling baik untuk menurunkan berat badan dalam tempoh jangka panjang.

Kajian juga mendapati, orang yang mengambil makanan tinggi serat iaitu sekitar 25 gram setiap hari mungkin lebih mudah menurunkan berat badan untuk tempoh jangka panjang.

Diet tinggi serat ini juga boleh mendorong membuang air besar secara teratur untuk membantu kita mengurangkan rasa kembung perut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain