suria

Nak layari rumah tangga bahagia... memori bekas kekasih, keluarga dan kewangan antara perkara jangan dibuat main

Ada perkara yang tidak boleh diberitahu kepada pasangan bagi menjaga hatinya.

PASANGAN adalah bagai cermin dan mereka juga yang tahu tentang baik dan buruk diri kita.

Bagaimanapun bukan semua perkara kita perlu beritahu kepada pasangan dan terdapat beberapa perkara yang perlu kita simpan sendiri bagi mengelak mereka berasa tersinggung atau berkecil hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaum wanita sila ambil perhatian... Ketahui 6 jenis darah haid yang boleh jelaskan situasi kesihatan anda!

Ini termasuklah pendapat kita tentang sesuatu perkara, hubungan sebagai suami-isteri bukan lesen mudah untuk mengkritik atau menghakimi pasangan dengan membuta tuli tanpa memikirkan perasaan mereka.

Atas sebab itu, komunikasi dan kepercayaan terhadap pasnagan sangat penting bagi memastikan rumah tangga sentiasa aman dan damai.

Berikut adalah beberapa perkara yang tidak perlu dibincangkan dengan pasangan anda.

619b86ee2814d

1. Rasa tidak puas hati terhadap keluarganya

Jika ada yang mengkritik keluarga sendiri, pasti ia menyakitkan hati meskipun mereka berada di pihak yang salah. Sekiranya terdapat sebarang perkara yang membuatkan anda berkecil hati dengan keluarganya sebaik-baiknya berbincang dengan baik.

Setiap masalah melibatkan keluarga si dia perlu dibuat dengan berhati-hati dan jangan sampai mengkritik keluarganya.

2. Bekas kekasih

Jangan sesekali bercakap soal bekas kekasih apatah lagi mengenang kenangan lalu dan membandingkan mereka dengan pasangan kerana ia boleh membawa bencana dalam hubungan anda.

35360-ilustrasi-pasangan-kekasih

3. Kekurangannya

Bukan tidak boleh menegur kekurangan pasangan tetapi biarlah ia dibuat dengan jujur dan bukan mengkritiknya. Sebaik-baiknya berikan cara penyelesaian atau cadangan bagi memperbaiki dirinya. Paling penting teguran itu biarlah secara berdua dan bukannya di hadapan rakan-rakan atau keluarganya.

4. Masalah kewangan

Soal kewangan sangat sensitif dalam sesebuah hubungan dan ia boleh menjadi peperangan besar jika tersalah percaturan. Paling baik, jika berlaku sebarang masalah melibatkan wang, berbincang dengan baik dan jangan rahsiakan sebarang butiran agar dapat mencari penyelesaian paling baik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain