suria

Jaga-jaga orang lelaki... Pesakit diabetes lebih mudah diserang anxiety dan kemurungan, tapi apa puncanya?

Diabetes dan anxiety saling berkait rapat.

FIZIKAL dan mental seseorang manusia saling terkait. Ketika fizikal sakit, mental juga akan ikut sakit dan begitu juga sebaliknya.

Kajian juga membuktikan bahawa orang yang mengalami penyakit kronik seperti diabetes lebih mudah mengalami masalah anxiety.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Kes kanak-kanak cedera meningkat di musim perayaan... Ketahui cara bezakan jatuh biasa dan patah tulang

Di Amerika membuktikan bahawa 20 peratus orang yang disahkan mengalami gangguan kecemasan juga lebih mudah menghidap diabetes.

Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara pengawalan glikemik dan keadaan kesihatan mental seperti anxiety dan kemurungan terutamanya dalam kalangan orang lelaki.

fernando-dearferdo-6x2iKGi6SPU-unsplash

Penghidap anxiety juga lebih berisiko terkena diabetes.

Perkara ini terjadi kerana tekanan emosi yang terkait dengan anxiety dan kemurungan memberi impak negatif kepada pengawalan glikemik bagi pesakit diabetes dan meningkatkan risiko bagi bukan pesakit penyakit itu.

Pengawalan glikemik yang tidak terkawal boleh memicu kenaikan gula dalam darah secara drastik yang merupakan salah satu gejala umum diabetes.

Terdapat pelbagai penyebab pesakit diabetes mendapat masalah anxiety termasuklah bimbang tentang komplikasi kesihatan jangka pendek seperti hipoglikemia serta kesan jangka panjang penyakit itu.

Perkara ini terjadi kerana pesakit diabetes berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi kesihatan tertentu seperti penyakit jantung, kegagalan buah pinggang dan angin ahmar.

Sementara itu, terdapat juga bukti bahawa anxiety mungkin menjadi penyebab kepada diabetes. Sebuah kajian yang dilaporkan Healhtline mendapati bahawa gejala anxiety dan kemurungan merupakan faktor risiko yang signifikan dapat mengembangkan diabetes jenis dua.

637152194

Sekiranya mengalami tanda-tanda gula dalam darah tinggi, emosi tidak stabil segera berjumpa dengan doktor.

Gejala anxiety pada umumnya adalah seperti berikut; berasa cemas, gugup, gelisah atau tegang, panik, degupan jantung laju, berpeluh, gementar, lemah atau lesu, sukar memberi perhatian atau memikirkan hal penting, sukar tidur, sukar mengawal rasa cemas.

Dalam beberapa kes, anxiety dapat menyebabkan serangan panik, yang merupakan episod ketakutan yang tiba-tiba namun tiada ancaman atau bahaya yang nyata.

Gejala serangan panik pula sangat mirip dengan hipoglikemia yang dialami pesakit diabetes ketika kekurangan gula dalam badan.

Ini termasuklah degupan jantung yang laju, pandangan kabur, gugup, lesu, kulit pucat, kelaparan, gementar, pening, kekejangan dan lebih parah mengalami koma.

Sekiranya anda mengalami salah satu daripada penyakit tersebut dan merasakan ada sesuatu tidak kena, berjumpalah dengan pakar sebelum terlambat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain