suria

Awas! Rumah boleh jadi tempat tidak selamat, penyebab kanser

Rumah yang bersih mampu mencegah diri dari penyakit

WALAUPUN anda merasakan rumah tempat paling selamat dari terkena sebarang penyakit, tetapi sebenarnya anda salah! Terdapat bahan kimia berbahaya boleh ditemui di rumah tanpa disedari.

Bahan-bahan ini berada di sekeliling rumah dan mengotorkan udara, air, makanan atau barangan yang sering anda bersihkan. Apabila keadaan sekeliling tidak bersih, maka anda mudah mendapat sick building syndrome atau penyakit yang berhubung kait dengan bangunan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sama tapi tak serupa... Ada beza flu dan selesema, boleh maut jika tak rawat dengan betul

Antara gejala yang sering dialami adalah iritasi mata, hidung atau kulit. Kulit pula akan menjadi susah untuk bernafas. Penyakit ini akan mengehadkan aktiviti seharian anda walaupun impaknya kelihatan kecil.

Namun, turut terjadi masalah jangka panjang iaitu alergi atau asma. Malah, bahan kimia ini akan mengganggu masalah hormon dan lebih parah akan menyebabkan kanser.

Se

1. Debu

Debu merupakan musuh utama bagi setiap orang terutama bagi mereka yang menghidap resdung. Debu ini sangat berbahaya kerana anda tidak sedar keberadaannya tambahan di celah-celah atau sudut yang tersembunyi.

Menurut penyelidikan George Washington University, apa yang lebih mengejutkan, debu mempunyai 45 bahan habuk toksik di dalamnya hasil daripada kajian sampel debu dari seluruh Amerika Syarikat (AS).

Salah satu bahan kimianya adalah TDCIPP yang sering ditemukan pada perabot dan barangan rumah yang lain. Bahan di dalam debu ini dapat menjadi punca kepada kanser.

Flalat juga bahan lain yang ditemukan dalam debu. Bahan ini sering ditemui di mainan dan lantai vinyl. Malah terdapat juga fenol yang selalunya digunakan dalam produk pembersihan.

Bagi mengawal debu di dalam rumah, anda perlu rajin membersihkannya menggunakan vakum. Bukan hanya itu, anda perlu mengelap setiap sudut rumah dan di celah-celah barangan perhiasan. Lokasi ini sering menjadi tumpuan pengumpulan habuk dan debu.

image

2. Humidifier yang kurang bersih

Humidifier merupakan alat yang membantu membersihkan udara. Namun, jika anda tidak membersihkan alat ini secara berkala, ia tidak akan berfungsi dengan sempurna.

Alat ini sering dikaitkan dengan masalah pernafasan kerana terdapat kekotoran dalam air yang tertinggal di dalam bekas humidifier ini.

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat juga menyarankan untuk menggantikan air humidifier setiap hari dan menggantikannya dengan air suling bagi mencegah pengumpulan mineral.

Anda juga perlu membersihkan alatannya mengikut saranan dan keringkan sebelum menyimpannya sewaktu udara panas.

Jika humidifier mempunyai filter, bersihkannya juga mengikut panduan yang disyorkan sewaktu pembelian.

image-2

3. Tidak membersihkan mainan anak

Penyelidik kanan dan penganalisis data dari Environmental Working Group (EWG), Samara Geller menyarankan agar anda perlu kerap mencuci permainan dan anak patung untuk meminimumkan habuk toksik pada permukaannya.

Namun, jangan menggunakan alatan pembersih yang keras kerana kulit anak patun sangat lembut dan sensitif. Bersihkan sahaja dengan sabun dan air atau masukkan ke dalam mesin basuh.

How-to-Dispose-of-a-Mattress-2

4. Tidak melindungi tilam

Menurut American Lung Association, tempat tidur merupakan sarang debu yang akan membuatkan anda mendapat asma dan alergi dengan mudah. Hal ini kerana, tilam menjadi tempat yang kerap anda kunjungi untuk tidur, berbaring sambil memeriksa media sosial atau ada sesetengah orang yang menyiapkan kerja di atas katil,

Pengasas perkhidmatan kebersihan di Kanada, Mellisa Maker, cara yang paling efektif untuk mengelakkan debu terkena pada tilam adalah dengan melapiknya menggunakan kain.

"Cuci kain lapik tersebut dengan berkala dari semasa ke semasa. Anda juga perlu menukar cadar secara berkala untuk menghilangkan debu habuk," ujarnya.

Selain itu, cara yang baik untuk menghapuskan serangga adalah mencuci menggunakan air panas.

clean-house

5. Terlalu bersih

Sebenarnya, kerap membersihkan rumah juga tidak elok kerana dapat menghapuskan kuman yang baik. Padahal, sabun dan air sudah cukup melindungi diri anda. Jadi, mematikan kuman hanya dapat mengganggu imuniti badan.

Tambah Geller, produk anti bakteria dan pembasmi kuman dapat mendorong pembentukan bakteria yang tidak dapat dibunuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain