suria

Belum bersedia ‘alasan klise’ tak kahwin! Mungkin 5 sebab ini lebih tepat kenapa anda selesa membujang

Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main atau dipandang ringan.

MEMBUAT keputusan untuk mendirikan rumah tangga antara perkara paling penting dalam kehidupan seseorang kerana ia bukan sahaja melibatkan dua individu tetapi kehidupan selepas itu.

Tekanan daripada keluarga, ibu bapa dan sosial yang meletakkan usia tertentu untuk seseorang berkahwin juga adakalanya menjadi punca perkahwinan yang dibina hancur di tengah jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah mulut celupar! 5 perkara ini boleh cetus perang, elak sebut depan pasangan

Disebabkan perkara itu juga, ramai lebih selesa hidup membujang dengan memberikan pelbagai alasan termasuklah kurang pengalaman, faktor kewangan atau sibuk dengan urusan lain seperti menyambung pengajian atau menjaga ibu bapa yang sudah berusia.

Selain faktor-faktor tersebut, sebenarnya jauh di sudut hati sebenarnya ada lima penyebab lain mengapa seseorang itu enggan berkahwin.

Couple on sofa looking away

1. Pentingkan diri sendiri

Sebuah perkahwinan memerlukan kerjasama daripada kedua-dua belah pihak termasuk menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan.

Tetapi persoalannya, adakah anda sudah bersedia untuk memberi kembali apa yang sudah diterima daripada pasangan? Apabila berada dalam situasi begini, memberi boleh jadi satu beban.

Jika anda lebih puas memuaskan kehendak diri sendiri berbanding orang lain, maka perkahwinan bukan untuk anda buat masa ini.

Sebaliknya dalam tempoh ini, belajar untuk tidak pentingkan diri dalam apa juga situasi dan keadaan serta cuba untuk memberi dan menerima dengan hati terbuka.

Drunk-Dance-HEAD

2. Tidak suka komitmen

Perkahwinan memerlukan komitmen yang sangat tinggi kerana kita ingin hidup dengan pasangan sepanjang hayat. Ia juga memerlukan banyak kesabaran dan kepercayaan.

Jika masih gemar berseronok dan hubungan yang terjalin tidak kekal lama, itu bermakna anda belum bersedia mendirikan rumah tangga. Tiada larangan untuk berseronok selepas berkahwin, tetapi jangan terbawa-bawa tabiat itu selepas berkahwin.

not-to-keep-secret-shhh

3. Perahsia

Jika anda masih menyimpan rahsia daripada pasangan meskipun sudah bertahun-tahun bercinta, maka perkahwinan bukan untuk anda.

Sebelum berkahwin, anda perlu bersemuka dengan pasangan dan selesaikan masalah yang selalu bermain dalam fikiran. Anda pasti tidak mahu pasangan andda berahsia, jadi mereka juga berhak mengetahui tentang anda.

successful-marriage

4. Tidak pernah bayang kehidupan bersama

Ketika bercinta, kebanyakan pasangan pasti akan berimaginasi kehidupan bersama selepas berkahwin. Tetapi, jika tiada bayangan atau sinar masa depan bersamanya, maka fikir kembali sebelum buat keputusan yang salah!

failed-marriages

5. Jadikan perkahwinan alasan keluar daripada situasi tertentu

Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa dan bukan untuk melepaskan diri daripada masalah yang dihadapi.

Jika niat berkahwin itu adalah untuk menutup sesuatu atau melarikan diri daripada situasi tidak menyenangkan, janganlah teruskan perkahwinan itu kerana ia bukan sahaja menyiksa perasaan sendiri tetapi juga pasangan.

Ingat kebenaran tetap akan terbongkar suatu hari nanti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan