suria

Keakraban BCL dan Noah jadi tumpuan... Ini kelebihan jika anak lelaki rapat dengan ibu

Hubungan akrab antara Bunga Citra Lestari dan anak Noah membuatkan ramai kagum.

SEJAK pemergian aktor Allahyarham Ashraf Sinclair. balunya yang juga penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) banyak berkongsi keakraban dengan anak lelaki, Noah Sinclair di Instagram.

Perkongsian menziarahi kubur Allahyarham suami bersama Noah, pemberian hadiah bersempena Hari Ibu serta aktiviti percutian jelas menunjukkan penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini kerap meluangkan masa bersama anak lelaki tunggalnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 kanak-kanak maut akibat hepatitis akut misteri di Indonesia, apa punca dan cara pencegahannya?

Kemesraan yang ditunjukkan membuatkan ramai terharu melihat kesabaran dan pengorbanan BCL membesarkan Noah, 12, tanpa suami di sisi.

Keakraban BCL dan Noah boleh dijadikan inspirasi bagi ibu dan anak lelaki.

Tetapi apa yang membuatkan seorang anak lelaki lebih rapat dengan ibunya?

5d6108e287ef6

1. Saling melengkapi

Keperibadian ibu dan anak lelaki menunjukkan hubungan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, hubungan ini mengisi kekurangan antara mereka.

Ini kerana anak lelaki lebih dikenali dengan sifat yang lebih tegas dan maskulin selain mampu menjadi pelindung kepada.

Sementara si ibu sudah pasti akan bertindak sebagai 'penyejuk' kepada anak lelaki.

Mother and son embracing while sitting in garden

2. Membentuk personaliti anak lelaki

Gaya komunikasi seorang lelaki biasanya lebih tegas, berdasarkan logik dan berpegang kepada apa yang dipercayai. Sifat itu akan berkembang sepanjang anak lelaki membesar.

Tetapi jika terlalu dibiarkan dengan gaya komunikasi seperti itu, dibimbangi ia boleh menjadi mereka seorang yang suka mengawal dan mendominasi.

Di sinilah penting kehadiran seorang ibu dalam hidup anak lelaki dalam membentuk jiwa yang penuh dengan sifat kasih sayang serta sopan santun.

Penting juga untuk memberikan sentuhan fizikal sejak kecil sebagai tanda kasih sayang terhadap anak lelaki dan boleh membentuk personalitinya apabila dewasa kelak.

perbincangan-ibu-dan-anak-laki-laki-ilustrasi-_130409132612-174

3. Kecerdasan emosi

Bahagian paling mencabar bagi seorang ibu dalam mendidik anak lelaki adalah membentuk emosi dan pemahaman mereka terhadap kehidupan.

Amat penting membentuk emosi agar mereka dapat merasakan dirinya dilihat, didengar dan difahami keperluan dan kehendaknya.

Atas sebab itu penting membentuk emosi mereka sejak kecil dengan mengajar untuk memahami tentang sesuatu perkara dan tidak menyembunyikan perasaan yang sebenar.

Biasanya, anak lelaki akan lebih percaya dan lebih mudah mendengar nasihat daripada ibu mereka.

ilustrasi-anak-autis_20170504_095158

4. Mencipta keseimbangan

Setiap hubungan ibu bapa dengan anak mereka adalah sangat unik tetapi dinamik.

Begitu juga hubungan antara ibu dan anak lelaki, ia dapat terjadi dengan cara luar biasa.

Melalui ikatan istimewa ini, si ibu dapat memanfaatkan kekuatan, perlindungan dan tindakannya sementara anak lelaki dapat mengikut langkahnya.

kombinasi sempurna ibu dan anak lelaki ini dapat mencipta keseimbangan sekali gus mengeratkan hubungan yang sedia ada.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain