BAGI yang mengalami masalah migrain pasti tahu derita terpaksa ditanggung apabila ia menyerang. Sakit yang berdenyut-denyut memang boleh membuatkan aktiviti seharian seseorang terganggu. Migrain termasuk sebagai penyakit saraf yang datang dengan pelbagai kesan sampingan ketika ia menyerang seperti mual, muntah dan sensitif terhadap bunyi, cuaca malah bau. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai masukkan madu dalam diet harian, ini 5 kesan sampingan jika diambil berlebihan Ubat-ubatan dengan kandungan aspirin atau ibuprofen seperti (Advil, Motrin IB), kafein dan asetaminofen sering digunakan untuk meredakan sakit. Sayangnya, bagi sesetengah orang pengambilan ubat-ubatan tertentu turut memicu kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh seseorang termasuklah; Kunyit memang terkenal kerana khasiat semula jadinya. 1. Mulut menjadi kering 2. Lemah otot 3. Mengantuk 4. Kegatalan pada kulit 5. Gangguan penghadaman seperti cirit-birit dan sembelit Atas sebab itu, ada segelintir penderita migrain beralih kepada rawatan semula jadi untuk menyembuhkan rasa sakit yang dialami. Bagi menambah khasiat air kunyit boleh ditambah dengan pelbagai bahan lain. Kunyit mampu redakan migrain? Salah satu bahan yang dikatakan mampu meredakan dan melegakan migrain adalah kunyit kerana ia memiliki kandungan persenyawaan dikenali sebagai polifenol dalam bentuk kurkumin. Kurkumin berkhasiat dalam meredakan rasa sakit kepala. Kajian pada 2019 terhadap 100 penderita migrain mendapati mereka yang mengambil suplemen mengandungi kurkumin dan koenzim Q10 lebih cepat pulih daripada kesakitan. Healthline pula melaporkan kajian lain turut mendapati bahawa mereka yang mengambil kombinasi omega-3 dan kurkumin hanya akan mengalami serangan migrain tahap ringan. Tidak hanya itu, kunyit tidak menyebabkan kesan sampingan berbanding ubat-ubatan lain yang dijual di pasaran. Serangan migrain memang boleh merengsakan. Kebaikan kunyit selain redakan migrain Sebagai rempah yang mengandungi polifenol dan kurkumin yang bertindak sebagai penghalang radikal bebas dan anti inflamasi, kunyit juga mempunyai pelbagai manfaat lain seperti; 1. Kurkimun dapat membantu memerangi rintangan insulin dan menurunkan kadar gula dalam darah. Keadaan ini dapat mencegah seseorang daripada mendapat penyakit diabetes jenis 2. 2. Membantu mencegah serangan jantung pada pesakit yang baharu sahaja melakukan pembedahan disebabkan masalah pembuluh darah tersumbat. 3. Mengurangkan rasa sakit disebabkan penyakit osteoarthritis yang menyebabkan rasa sakit pada sendi. 4. Bertindak sebagai antioksidan dan anti inflamasi, ia juga baik untuk mengatasi gangguan saluran penghadaman seperti gastrik. Memandangkan kunyit mudah didapati di pasaran, ia boleh dijadikan sebagai minuman dengan mencampurkan beberapa bahan berkhasiat lain seperti halia, serai dan daun pandan untuk menambahkan rasa dan khasiatnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI