suria

Ramai bimbang keguguran, bayi cacat... benarkah ibu hamil kena pantang kopi?

Wanita hamil boleh minum kopi dan ia tidak memberi kesan kepada kehamilan.

KEHAMILAN membuatkan seorang wanita sangat berhati-hati tentang pemakanan kerana perlu menjaga kesihatan diri dan janin di dalam kandungan.

Diet sihat biasanya diamalkan sepanjang kehamilan selain pengambilan suplemen seperti asid filat untuk mengurangkan risiko pada kandungan seperti kecacatan anggota badan janin.

Salah satu pantang ketika hamil adalah minum kopi kerana ia dikatakan akan memberi impak buruk kepada janin memandangkan terdapat kandungan kafien di dalamnya.

Bagaimanapun, berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Epidemiology, ibu mengandung sebenarnya boleh minum kopi.

closeup-pregnant-young-woman-sitting-shutterstock_613496192

Walaupun kopi tidak membahayakan tetapi wanita hamil disarankan untuk menghadkan pengambilannya.

Menerusi kajian itu, kaedah mendelian rawak (MR) untuk melihat variasi genetik yang disebabkan oleh pengambilan kafein sepanjang kehamilan dilakukan.

Ketua kajian, Dr Gunn-Helen Moen menjelaskan analisis genetik itu dilakukan untuk meniru uji kaji secara rawak menggunakan lapan varian genetik yang berkaitan dengan pengambilan minuman itu dengan perilaku ibu mengandung.

"Kajian menunjukkan bahawa seorang wanita tidak perlu berhenti minum kopi sepanjang kehamilan kerana tiada sebarang penemuan tentang kesan kepada bayi seperti keguguran, kelahiran pra-matang dan sebagainya," katanya seperti dilaporkan Medical News Today.

International Journal of Epidemiology turut menyimpulkan bahawa kopi tidak memberi pengaruh buruk namun kajian itu tidak mendalam termasuk berkaitan pengaruh kopi dengan perkembangan saraf atau perkembangan organ bayi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan cepat ‘judgemental’, ada sebab mengapa pesakit kanser alami penurunan berat badan mendadak!

Meskipun kopi tidak menyebabkan risiko keguguran, kelahiran pra-matang atau kematian ketika dilahirkan, pakar diet, Dr Brian Power menyarankan agar wanita hamil membataskan pengambilan kopi segera dengan dua cawan sehari.

Ini kerana kata Dr Brian, kopi juga boleh memberi kesan lain seperti gastrik, degupan jantung lebih laju dan sebagainya.

"Adalah lebih baik menggantikan minuman sihat lain seperti jus buah-buahan atau air kelapa," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain