suria

Jangan ambil ringan, ketahui 4 kesan ‘overthinking’ pada kesihatan anda

Overthinking boleh menimbulkan pelbagai kesan kepada kesihatan manusia.

PASTI ramai antara kita yang tidak boleh tidur pada waktu malam kerana memikirkan pelbagai perkara meskipun ia belum lagi terjadi. Jika itu sering berlaku, anda mungkin termasuk dalam kategori orang yang overthinking.

Overthinking atau berfikir secara berlebihan biasanya boleh mengganggu kualiti hidup seseorang apatah lagi ia tidak memberi sebarang penyelesaian pada masalah yang menggangu fikiran.

Apabila terlalu banyak berfikir terutamanya perkara negatif, ia hanya akan membuat anda tertekan dan boleh menyebabkan serangan anxiety.

Pakar psikologi, Natacha Duke mengatakan bahawa overthinking boleh menjadi gejala kemurungan atau anxiety. Umumnya, ia dikaitkan dengan adanya keadaan dipanggil generalized anxiety disorder (GAD).

Overthinking 2

Ramai antara kita yang suka berfikir secara berlebihan.

"Seseorang dapat mengalami GAD kerana genetik atau faktor peribadi seperti ketidakmampuan bertoleransi tentang kepastian dalam hidup," katanya.

Mereka yang mengalami GAD biasanya akan merasakan beberapa gejala seperti berikut;

1. Rasa bimbang berlebihan terhadap beberapa perkara tidak kurang selama enam bulan.

2. Kesukaran mengendalikan rasa kecemasan yang boleh menganggu kemampuan untuk berfungsi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kunyit penawar migrain... Mitos atau fakta?

Gejala fizikal GAD merangkumi keresahan, kesukaran memberi tumpuan dan mengalami masalah tidur. Kesan overthinking boleh mempengaruhi kesihatan tubuh termasuklah;

20210214_064913_298071_dau-nu-dau-tien-din.max-1800x1800

1. Kesan pada otak

Tekanan cenderung memiliki kesan mendalam pada organ. Hormon kortisol dapat merosakkan dan membunuh sel-sel otak di hipokampus yang merupakan komponen utama dalam otak manusia.

Terlalu banyak berfikir juga dapat mengubah fungsi otak dengan mengubah struktur dan aktivitinya. Para penyelidik di Universiti California juga menjelaskan bahawa tekanan kronik menyebabkan masalah mental seperti anxiety dan gangguan emosi.

1_MAIN-M-49

2. Masalah penghadaman

Overthinking dapat menyebabkan tekanan yang boleh mempengaruhi sistem pencernaan. Tekanan menyebabkan masalah gastrointestinal seperti radang usus, sindrom jangkitan usus, gastrik dan sebagainya.

How to know if youre having a heart attack

3. Masalah jantung

Terlalu banyak berfikir dan bimbang terhadap masalah dan perkara yang belum berlaku boleh membahayakan kesihatan jantung seperti degupan jantung laju, sakit dada dan sebagainya.

Skin

4. Masalah kulit

Anxiety, kemurungan, tekanan dan overthinking secara berterusan boleh mempengaruhi kesihatan kulit seperti psoriasis, dermatitis atopik, pruritus, alopecia, areata dan dermatitis seboroik.

Ini disebabkan berlakunya keradangan di dalam tubuh selain sistem kulit yang saling berhubungan cukup kompleks seperti sistem endokrin dan kekebalan tubuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain