suria

Jangan suka marah-marah... Boleh tingkatkan risiko penyakit jantung!

Sakit jantung boleh disebabkan oleh beberapa perkara tanpa disedari.

GAYA hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada penyakit jantung tanpa disedari.

Beberapa faktor itu pula boleh disebabkan oleh perkara-perkara yang sering dipandang ringan tetapi sebenarnya cukup merbahaya dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Berikut adalah beberapa kebiasaan yang dilakukan dan boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit jantung.

https___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_200727124944-01-floor-sitting-stock

1. Duduk sepanjang hari

Orang yang tidak banyak bergerak dan sering duduk melebihi lima jam atau lebih setiap hari memiliki risiko dua kali ganda untuk mengalami kegagalan jantung menurut sebuah kajian yang diterbitkan pada 2014 menerusi American Heart Association (AHA).

Perubahan kecil yang dilakukan dalam rutin harian seperti berjalan selama lima minit dalam setiap jam boleh menjaga pembuluh darah untuk mengepam darah dengan lebih baik ke seluruh badan.

stressedman-cbf6c8900b954de2b933018b6ae06ae3

2. Tekanan

Tekanan akan menyebabkan tubuh melepaskan hormon adrenalin yang mampu mempengaruhi fungsi tubuh seperti meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah.

Secara umumnya, kesan itu hanyalah bersifat sementara tetapi jika ia berlarutan, ia dapat merosakkan pembuluh darah serta meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.

Using Dental Floss

3. Tidak flos gigi

Flos gigi sebenarnya bukan sahaja untuk membersihkan celah-celah gigi daripada kotoran tetapi ia penting untuk menjaga kesihatan jantung.

Sebuah kajian yang diterbitkan pada Mei 2014 menerusi Journal Periodontal Research mendapati orang yang mengamalkan flos gigi lebih rendah risiko mengalami penyakit jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ambil ringan, ketahui 4 kesan ‘overthinking’ pada kesihatan anda

Hubungan flos dengan jantung ditemui dalam beberapa kajian termasuk yang diterbitkan pada Julai 2013 menunjukkan bakteria yang terkait dengan penyakit gusi meningkatkan keradangan dalam tubuh yang akan memberi kesan kepada jantung.

Tired woman suffering from insomnia and yawning - isolated

4. Tidak cukup tidur

Jantung bekerja keras setiap hari dan tidur dapat membuatkan jantung berehat. Pada fasa pertama tidur, tekanan darah akan menurun, kemudian naik sebelum kembali turun sebagai respons terhadap mimpi selama fasa kedua tidur.

Perubahan tersebut mampu meningkatkan kesihatan kardiovaskular sehingga jika seseorang tidak cukup tidur akan merosakkan jantung.

Kurang tidur juga dapat meningkatkan hormon kartisol dan adrenalin yang serupa apabila seseorang mengalami tekanan.

anger_157245086

5. Sering marah

Tidak dapat mengawal kemarahan terbukti merupakan kebiasaan buruk yang dapat merosakkan kesihatan jantung.

Ketika marah, tubuh akan melepaskan hormon tekanan yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung meningkat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain