SEPERTI kesihatan mental dan fizikal, suara juga perlu dijaga dengan baik ya! Sesetengah individu khususnya lelaki mungkin sudah biasa dengan suara serak atau garau ketika bangun pagi, namun ia akan kembali pulih seperti sedia kala selepas beberapa ketika. Selain itu, faktor tekanan yang dihadapi juga dapat mempengaruhi perubahan suara seseorang dan jika menggunakannya secara berlebihan, anda berkemungkinan kehilangan suara sepenuhnya. Ekoran itu, jurulatih pertuturan dan penyampai podcast The Voice, Nic Redman, berkongsi beberapa kaedah mudah yang dapat membantu melindungi suara dan juga mengembangkan kekuatan, ekspresif serta keunikannya. Berikut merupakan cara untuk menjaga suara dengan lebih baik. 1. Mempunyai suara adalah satu keistimewaan Ramai yang mengambil mudah keupayaan bertutur kerana ia dilakukan setiap hari, namun apabila suara tiba-tiba tiada barulah anda merasai ia merupakan satu keistimewaan. Suara ialah alat profesional, sama ada anda seorang pelakon, penyanyi, ahli lembaga pengarah mahupun barista. Jika tidak boleh berkomunikasi atau menyebarkan apa sahaja mesej yang perlu kongsi, ia boleh menjadi halangan profesional yang besar. Itulah sebabnya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati dalam hal kesihatan vokal. Adalah lebih sukar untuk menyembuhkannya daripada meletakkan beberapa perkara yang mudah. Cara untuk mengurangkan tekanan di garisan rahang. Foto - Nic Redman 2. Lepaskan tekanan Sama ada duduk atau membongkok, postur mempunyai kesan yang besar pada suara. Perlu diingat bahawa suara disambungkan ke seluruh badan, jadi cuba untuk tidak membongkok dan perlahan-lahan menundukkan dagu itu ke bawah sekali gus mengurangkan tekanan yang ada. Menurut Nic, apabila seseorang individu tertekan, badan mereka cenderung untuk tegang dan mengalami sesak nafas yang mana suara mereka boleh menjadi bergetar. Oleh itu, cara mudah untuk menanganinya adalah menstabilkan badan dengan meletakkan kaki di atas lantai di samping tarik nafas serta membiarkan nafas turun dengan baik dan bebas. 3. Sentiasa hidrasi, bernafas melalui hidung dan melelapkan mata Terdapat beberapa tabiat harian lain yang boleh membantu dalam penjagaan kesihatan suara. Seperti tidur siang, suara juga perlu berehat secara tetap sepanjang hari, terutamanya jika individu terbabit banyak bercakap. Satu lagi tabiat baik ialah mengekalkan kelembapan (hidrasi) kotak suara. Panduan umum adalah untuk minum dua liter air sehari bagi wanita dan dua setengah liter sehari untuk lelaki. Selain itu, bernafas melalui hidung juga penting! Ini kerana ramai yang tidak sedar bahawa kadang kala pernafasan dilakukan melalui mulut. Nic merupakan pakar pertuturan. 4. Belajar menyayangi suara Salah satu sebab suara kedengaran tidak yakin adalah kerana individu terbabit tidak menggemari bunyi suaranya. Oleh itu, renungkan semua perkara luar biasa yang suara anda boleh lakukan. Kemudian biasakan diri dengan bunyi suara sendiri seperti membuat rakaman percakapan selama satu atau dua minit sehari seterusnya mendengar kembali. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI