AIR mata penuh kesyukuran. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai detik penuh emosi seorang lelaki yang cukup terharu menerima hadiah iPhone 13 Pro berharga lebih RM4,000 daripada isterinya. Menurut Nur Fairuz Razman, 27, dia membuat kejutan itu buat lelaki yang paling dicintainya, Nor Zairul Syafiq Rahman, 25, sebagai simbolik kepada penyatuan mereka Ogos lalu. "Kami berkenalan melalui Instagram pada Disember 2021. Ia bermula selepas dia reply emoji dekat Instagram Story saya. Kami kenal sekejap saja sebelum bertunang pada Mei 2022. "Akhirnya kami berkahwin pada 12 Ogos baru-baru ini. Saya buat kejutan iPhone sebab nak hargai usaha dia halalkan saya. Sebelum ini dia guna iPhone 8 Plus. Saya kesian phone lama dia dah buruk. Jadi saya beli yang baharu. Pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Ogos lalu. "Ketika dia menangis, saya pun ikut menangis sekali. Sepanjang perkahwinan ini, saya dah tengok susah senang dia macam mana," ujar wanita yang menetap di Segamat, Johor itu. Senang disapa Fai, dia merupakan bekas peniaga ubat kurus dan kini bekerja sebagai kerani, manakala suaminya pula bekerja dengan Shopee Express di bahagian stor. ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu stres jika rumah tangga musnah... 4 langkah ini dapat membantu pasangan berpisah hidup tenang Dedah Fai, dia peka dengan prasangka buruk insan sekeliling yang menganggap lelaki itu menumpang kesenangan keluarganya, namun dia tenang dan enggan membalas kata-kata mereka. "Ramai orang sekeliling cakap suami tumpang kesenangan saya, orang kata bini ada kereta, ada rumah. Saya buat tak tahu. Walaupun sedih, saya buat tak kisah. Perkenalan di Instagram akhirnya menyatukan mereka sehingga ke alam rumah tangga. "Saya tak tengok bab duit, yang penting hati dia. Suami jenis hormat orang tua. Dia penyayang dan sangat ramah. Dia juga seorang yang kelakar," ujarnya lagi. Menerusi video tular di TikTok, Fai turut menulis: "I tak kisah pun you tak ada duit B. Walaupun ramai yang bercakap you tumpang senang I. Tapi bagi I semua tu tak penting pun." Dalam pada itu, Fai berkata dia tidak pernah memandang soal usia, malah menerima takdir penyatuan mereka biarpun suaminya lebih muda Fai turut berkongsi tiga perkara utama yang menjadi kunci kebahagiaan mereka berdua. 1. Kejutan Kata Fai, dia suka menggembirakan suaminya. Malah, Fai juga selalu membuat kejutan untuknya. Fai berkata dia kagum dengan keperibadian suaminya. 2. Jangan tarik muka Menurut Fai, dia tidak mampu untuk 'tarik muka' dalam tempoh yang lama. Jadi dia memilih untuk berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah dengan suminya. 3. Tegur jika salah Dedah Fai, dia beranggapan dirinya lebih matang berbanding suaminya. "Dia macam budak-budak, saya lagi matang. Mostly saya yang tegur dia, cakap ini tak boleh itu tak boleh," ujarnya mengakhiri bicara. Untuk rekod, video kejutan Fai untuk suaminya meraih lebih 800,000 tontonan di aplikasi TikTok. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI