suria

Tiada siapa pernah bersedia, ketahui punca-punca mati mengejut ketika tidur

Tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko kejadian mati ketika tidur. Foto: 123rf.com.

KEMATIAN ketika tidur boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.

Menurut Pengarah Perubatan Klinik Iris Shah Alam, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman, terdapat beberapa punca yang membawa kepada kejadian itu.

Trauma, toksin dan ubat-ubatan

Trauma berpunca daripada bencana yang berlaku semasa tidur. Toksin pula misalnya berlaku kerana keracunan menghidu gas karbon monoksida.

dr1

Dr Arisman berkata, kematian ketika tidur boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia.

Selain itu, pengambilan ubat secara berlebihan (overdose) terutamanya ubat tahan sakit juga boleh mempercepatkan proses kematian kerana kesannya kepada pernafasan.

Cardiac arrest

Ini yang selalu kita akan fikir terlebih dahulu apabila kita dengar khabar kematian dalam tidur. Betul? Jantung berhenti tiba-tiba atas sebab-sebab tertentu.

Misalnya serangan jantung tersumbat. Tetapi kita perlu tahu bahawa penyebab jantung berhenti paling kerap adalah aritmia, iaitu gangguan irama jantung akibat masalah pada sistem penyampaian elektrikal pada jantung, sama ada terlalu perlahan atau terlalu laju sehingga fungsi kerja jantung gagal dan berhenti.

Penyakit gagal jantung atau istilah lain jantung bengkak juga menjadi risiko penting terjadinya cardiac arrest semasa tidur.

Muslim pay respect to ancestor at Bukit Kiara Muslim Cemetery, Kuala Lumpur.

Strok atau angin ahmar juga boleh menjadi punca mati dalam tidur.

Berdasarkan satu kajian pada tahun 2018 menerusi Journal of the American Heart Association, sebanyak 15 hingga 20 peratus kematian disebabkan jantung berhenti tiba-tiba dan daripadanya, sebanyak 22 peratus kematian itu berlaku pada waktu malam.

Angin ahmar

Strok atau angin ahmar juga boleh menjadi punca mati dalam tidur. Dikaitkan apabila terjadinya aritmia, unstable plaque atau plak darah beku yang tidak stabil boleh terlepas dan mengalir ke salur darah dalam otak dan menyebabkan sumbatan dan terjadinya strok.

Darah tinggi

Tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko kejadian yang sama. Jangan main-main dengan tekanan darah tinggi ya.

Gagal pernafasan

Paru-paru dengan jantung adalah satu pasukan. Salah satu pasangan mengalami kegagalan, pasangan satu lagi akan turut merosot dan gagal dalam waktu berdekatan.

10. Identify sleep disorders: Besides annoying the people you sleep with, loud snoring can be indicative of sleep apnea, a potentially life-threatening sleep disorder. 10 tips for better sleep.

Mereka yang kerap berdengkur dinasihatkan agar membuat pemeriksaan kesihatan. -Gambar Hiasan

Misalnya seperti penyakit pulmonary embolism atau darah beku pada paru-paru, serangan asma, kanser paru-paru, dan COPD.

Sudden Unexplained Nocturnal Death Syndrome (SUNDS)

SUNDS merupakan kematian yang tidak diketahui apa puncanya. Walaupun sudah dilakukan post mortem, penyebab masih tidak dikenal pasti.

Penyakit tidur (sleep disorders)

Penyakit Obstructive Sleep Apnea (OSA) boleh menjadi risiko kepada kejadian mati mengejut semasa tidur.

Mereka yang berdengkur teruk setiap malam, sila buat pemeriksaan dengan doktor untuk diagnosis masalah kesihatan anda dengan segera. Jangan biarkan.

Ia adalah tanda-tanda sleep apnea dan ia boleh menjadi risiko terjadinya dying in the night.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain