suria

Wanita buat ‘confession’ benci jadi ibu, rasa seperti hamba anak... Waspada gejala meroyan selepas bersalin

Wanita itu berkongsi kisahnya yang mengalami postpartum depression sehingga dia menjadi benci terhadap diri sendiri. Foto: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

PROSES kehamilan dan kelahiran merupakan satu titik perubahan dalam kehidupan seorang wanita.

Biarpun kehadiran cahaya mata dianggap sebagai anugerah terindah, proses itu juga mungkin membawa masalah buat segelintir wanita.

Menurut portal rasmi MyHealth, penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori.

1. Gangguan emosi postpartum

Ia berlaku ke atas 25 hingga 85 peratus wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu, gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.

2. Kemurungan postpartum

Ianya berlaku dalam kalangan 10 hingga 20 peratus wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam masa sebulan selepas bersalin.

Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan sehingga dua tahun.

3. Psikosis postpartum

Keadaan ini jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 hingga 1,000 jumlah kelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa hari sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu, risiko tetap tinggi selepas beberapa bulan kemudian.

A newborn baby on a bed. Baby dumping is a serious issue in Malaysia caused by a number of factors, including lack of sufficient sex education and societal stigma.

Wanita itu menganggap dirinya seperti hamba selepas dia melahirkan bayi.

Baru-baru ini, seorang wanita turut berkongsi kisahnya yang mengalami postpartum depression atau meroyan sehingga dia menjadi benci terhadap diri sendiri.

"Sungguh, aku benci jadi mak. Rasa nak buang anak jauh-jauh. Tak pun baik aku tak payah wujud lagi. Sebelum korang nak hukum aku tak tahu bersyukur, dengan cerita aku dulu. Aku dah penat nak layan orang cakap aku tak bersyukur!

"Membebel je tahu. Situasi korang lain, aku lain, faham? Sebab pertama aku benci jadi mak ialah aku gagal. Aku tak suka perasaan ini.

"Bukan aku tak belajar itu ini cara jaga anak, cara menyusu, cara bermain, development semua tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak sedar hidap masalah kemurungan, kenali tanda-tandanya

"Tapi apabila aku nak apply, anak aku bukan reti apa pun. Asyik menangis, menjerit, meraung. Dan apabila aku stres aku pun sampai menangis, menjerit, meraung juga.

"Aku sendiri ada masalah emosi tak stabil, macam mana nak tenangkan anak aku tu? Aku memang akan lair jauh daripada anak aku tu sebelum aku apa-apakan dia," luah wanita itu.

Menurut wanita itu, dia tertekan kerana kehadiran anak membuatkan dirinya tiada ruang peribadi untuk melakukan aktiviti normal.

"Aku memang ada postpartum depression dan baby blues. Nak berak mandi makan pun susah. Tak ada privacy. Tak ada space. Tak ada time for myself.

"Aku ingat lagi aku pernah doa kat Allah, minta Allah jaga anak aku daripada aku sendiri yang hampir gila nak cekik, marah budak tu sampai lemas.

Mental health costs billions story.AZHAR MAHFOF/The Star

Luah wanita itu, dia mahu kembali hidup bebas tanpa terikat dengan tanggungjawab sebagai ibu.

"Kedua, sebab aku benci jadi mak, sebab aku lost. Hari-hari hidup aku untuk apa? Aku dah hilang makna dah. Takkan aku nak hidup untuk anak je? Jadi hamba anak? Jadi hamba suami? Memang perempuan perlu berkorban macam tu ke? Ini ke yang dinamakan sebuah keluarga? Sungguh aku tak bahagia.

"Apabila aku membesar dulu aku susahkan mak ayah juga ke? Kenapa proses membesarkan anak sangat susah? Aku tak faham apa anak aku nak, anak aku pun tak faham aku. Apa benda la best sangat jadi seorang mak ni? Mulia apanya. Anak pijak kepala kau, anak marah kau," luahnya panjang lebar.

Tambah wanita itu, dia benci hidup dalam keadaan serba salah dan perlu berdepan cabaran sebagai ibu secara sendirian.

Lebih parah, dia juga mula mencederakan diri sendiri kerana tidak tahan dengan tekanan bergelar ibu setiap hari.

"Aku waras lagi untuk tak cederakan anak aku. Tapi aku akan cederakan diri sendiri, biar sakit tu aku je rasa. Hantuk kepala. Lempar sepak barang. Memang kalau marah penat stres aku hilang kawalan," ujarnya lagi.

1705619

Kemurungan postpartum berlaku dalam kalangan 10 hingga 20 peratus wanita selepas bersalin.

Menurut wanita itu, dia juga benci bergelar ibu kerana banyak keputusan terpaksa dibuat demi kepentingan anaknya, sekaligus membuatkan dia terpaksa mengalah.

"Aku benci jadi mak sebab aku seakan dihukum, diatur keputusan berdasarkan anak aku. Macam aku tak boleh hiking lagi sebab ada anak. Aku tak boleh keluar sesuka hati sebab ada anak," ujarnya.

Wanita itu juga beranggapan lebih baik sekiranya dia berpisah dan kembali hidup bujang demi mengejar kebahagiaan sendiri.

"Aku mengeluh dan mendengus pun tak boleh. Aku tak ada hak untuk menyakiti anak aku tu. Ayah dia sayang sangat anak dia tu sampai aku naik benci. Biar ayah dia lah yang jaga, senang. Lepaskan aku, biar aku bebas.

"Boleh tak aku nak kembali hidup single balik? Hari demi hari aku rasa susah, bernafas pun salah. Aku nak tinggal semua dan merantau, tu je cita-cita aku sekarang.

"Adakah itu pun salah? Sebab aku akan dilabel tak bertanggungjawab? Hanya pandai buat anak tak pandai jaga anak? Adakah betul aku kurang sabar dan tak layak berkeluarga.

"Aku nak buktikan aku boleh bertahan. Tapi memang perit perjuangan ni. Kerana semuanya pada diri aku," tulis wanita itu mengakhiri luahannya menerusi IIUM.Com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain