suria

Pedih! Vagina kering semasa hubungan kelamin... Fahami masalah libido dalam kalangan wanita warga emas

KAUM Hawa melalui beberapa fasa kesuburan dalam hidup mereka.

Biasanya di akhir usia 40-an atau awal 50-an, hormon estrogen mula berkurangan, menyebabkan suatu keadaan yang dipanggil menopaus atau putus haid.

Seterusnya, beberapa masalah yang berkaitan dengan hormon dan kesuburan akan berlaku.

Antaranya masalah libido yang sebenarnya boleh berlaku pada mana-mana peringkat hidup seseorang wanita tetapi lebih kerap terjadi kepada warga emas.

Menurut portal MyHealth, libido merupakan suatu perasaan atau keinginan terhadap seks dan ini sangat berkait rapat dengan beberapa faktor seperti tahap kandungan hormon estrogen dan tahap kesihatan seseorang.

file7ba3mq2n5741gf9pa216

Rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan berlakunya penurunan libido.

Hubungan seksual adalah sebahagian daripada komponen aktiviti kehidupan yang penting untuk kesihatan mental dan fizikal warga emas.

Melalui hubungan seksual, keintiman dalam perhubungan dapat diteruskan dan seseorang warga emas tersebut dapat mengekspresi perasaan terhadap pasangannya.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah libido dalam kalangan warga emas wanita, antaranya adalah:

1. Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks atau kesulitan untuk mencapai orgasme, akan secara psikologinya menyebabkan penurunan libido.

2. Penyakit-penyakit non-seksual yang boleh mempengaruhi libido seseorang seperti radang sendi (arthritis), diabetes, penyakit koronari arteri dan penyakit saraf.

3. Ubat-ubatan seperti ubat anti-depressant untuk kemurungan mungkin boleh menganggu libido seseorang.

file6r6tiorm2c516l3kcle2

Hubungan seksual adalah sebahagian daripada komponen aktiviti kehidupan yang penting untuk kesihatan mental dan fizikal warga emas.

4. Gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan alkohol dan merokok dengan berlebihan boleh menyebabkan penurunan libido yang diakibatkan oleh gangguan bekalan darah ke anggota kelamin.

5. Rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan berlakunya penurunan libido.

6. Masalah psikologi seperti masalah perkahwinan, masalah keluarga, kewangan dan sebagainya boleh mengganggu emosi seseorang dan oleh yang demikian menyebabkan berlakunya masalah libido.

Masalah-masalah ini boleh diatasi dengan berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya.

Antara masalah-masalah yang mungkin timbul dan cara-cara mengatasinya adalah:

1. Ketidakselesaan

Ini disebabkan kekeringan pada vagina semasa melakukan hubungan kelamin.

Doktor mungkin dapat memberikan preskripsi ubat seperti krim yang mengandungi hormon estrogen (estrogen cream) atau pelincir (lubricant) yang dapat diaplikasikan untuk mengurangkan rasa tidak selesa tersebut.

2. Masalah-masalah kesihatan

Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, pembedahan membuang rahim dan ovari mungkin menyebabkan berlakunya kekurangan keupayaan untuk melakukan aktiviti seksual.

Di samping itu, kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan untuk penyakit tersebut mungkin juga mengganggu aktiviti seksual.

Warga emas boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan berbincang berkenaan ubat-ubatan yang sesuai.

file6oat3qgh5dh191hsfgvs

Masalah libido sebenarnya boleh berlaku pada mana-mana peringkat hidup seseorang wanita tetapi lebih kerap terjadi kepada warga emas.

3. Pundi kencing

Masalah tidak dapat mengawal pundi kencing dan menyebabkan air kencing keluar di luar kawalan mungkin dapat diatasi dengan melakukan senaman otot pelvis (pelvic floor muscle exercise) di samping meneliti jenis pengambilan ubat-ubatan, makanan dan minuman yang boleh memburukkan masalah ini.

4. Keyakinan diri

Isu-isu berkaitan dengan keyakinan dan harga diri dan memahami keinginan libido sebagai suatu yang berbentuk fitrah tetapi masih perlu di dalam lingkungan batas agama dan budaya bagi mengelakkan berlakunya penyakit kelamin.

Mereka boleh berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat dan kaunseling.

5. Pasangan

Masalah seksual yang dihadapi oleh pasangan – contohnya mati pucuk yang menyebabkan wanita tersebut tidak dapat memenuhi keinginan seksualnya.

Untuk mengatasinya, mereka boleh membawa pasangan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan mencari punca penyakit untuk merawat masalah tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain